Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 14, 2022 @ 3:02pm

13 Tahun Dalam Industri, Amar Baharin Titip Pesan Buat Pelakon Baharu – “Kalau Attitude Out…”

Tidak menyangka dirinya akan kekal selama 13 tahun dalam industri seni tanah air, pelakon Amar Baharin tampil titipkan pesanan kepada pelakon baharu untuk kekal lama dalam bidang lakonan.

Menurut Amar, dia pernah menerima pelbagai kritikan ketika mula berlakon, namun dia sering menjadikan teguran itu sebagai satu permulaan untuk mengubah menjadi lebih baik.

“Tak sangka saya boleh kekal selama ini dan mungkin sampai bila-bila. Ini dah jadi darah daging, dah jadi karier, sumber kehidupan.

“Bagi sayalah, kalau baru berlakon memang tidak dinafikan kita akan dikritik. Kritikan itu akan membuatkan kita improve untuk drama seterusnya. Bila dikritik ambil benda tu sebagai satu yang positif,” katanya.

Perkongsian tersebut telah dilakukan oleh Amar ketika di sidang media online bagi mempromosikan drama Biarkan Ia Pergi, baru-baru ini.

Selain itu, Amar juga turut menekankan kepada pelapisnya untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan menganggap perkara itu yang membuatkan ramai pihak mudah untuk bekerjasama dengannya.

“Lakonan tu tak penting sebenarnya, attitude dalam sesebuah production itu yang orang pandang. Saya pun dulu kayu juga. Mula-mula kena kutuk juga. Jadi kita terima, kita ambil benda tu sebagai satu cabaran untuk improve.

“Benda yang saya paling jaga adalah atittude saya dekat set. Call time saya, homework saya, benda tu yang buatkan orang tak lupa kita dan producer senang bekerja dengan kita dan akan offer kita lagi untuk next projek,” katanya kepada XTRA.

Biarpun ada sesetengah pelakon baharu yang mudah mencipta populariti, Amar menganggap perkara itu tidak akan kekal lama sekiranya tidak menitikberatkan disiplin dan tingkah laku dalam lakonan.

Malah, pelakon itu juga menyatakan kerjasama yang baik antara pelakon dan production sangat penting agar tidak menjejaskan mana-mana pihak atau berlaku sebarang kerugian.

“Kalau attitude out, dan dapat populariti tu mungkin benda tu tak lama. Sebab orang tak sanggup nak habiskan duit spend untuk mereka yang tak berdisiplin, berlakon sekadar melepaskan skrip, tak faham jalan cerita.

Benda tu nampak macam sikit tapi dia effect pada producer dan keseluruhan team production yang terpaksa berhabis duit untuk menyewa set penggambaran dan sebagainya. Jadi itulah nasihat saya kepada pelapis baru. All the best!,” jelasnya.

Saksikan drama bersiri Biarkan Ia Pergi lakonan Amar Baharin dan Isyariana menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

ARTIKEL BERKAITAN: Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Mon, 15 May 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Watak Polis Dalam 7ujuh Bukan Tempelan – Faizal Hussein

Wah, abang Faizal kita ni makin muda remaja je kan?

Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

ALICIA AMIN BUNUH DIRI?

Alicia Amin membuat pengakuan tersebut selepas melihat semakin ramai artis mahupun individu mengambil keputusan untuk membunuh diri disebabkan tekanan jiwa yang melampau

error: Content is protected !!