Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 16, 2022 @ 4:07pm

“Saya Dah Lama Tak Hubungi Dia” – Naim Daniel Bersuara Isu Iman Troye Sombong Selepas Popular

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel tampil bersuara tentang isu melibatkan rakan baik yang juga seorang penyanyi Iman Troye yang dikatakan sukar dihubungi pihak media ketika untuk mendapatkan maklum balas sesuatu perkara.

Menurut Naim, menjaga hubungan baik dengan media adalah salah satu perkara yang harus diutamakan di dalam karier industri seni.

“Bagaimana saya belajar dari awal dulu sampai sekarang di mana apa saja yang kita buat kita mesti ada hubungan baik dengan media sebab nak tak nak masing-masing memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Menerusi laporan Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin bagaimanapun tidak berani untuk mengulas lebih lanjut isu yang membabitkan Iman Troye itu.

“Saya tak nafikan kadang-kadang saya juga susah nak dihubungi, hari keempat barulah baca mesej. Jadi kekurangan itu tetap ada. Jadi, untuk Iman saya tak berani nak bagi pendapat yang banyak sebab saya pun dah lama tak hubungi dia. Mungkin sibuk dengan pengajian sekarang.

“Kadang-kadang perkara itu mungkin kita tak perasan dan tidak disengajakan. Jadi, kita kena sentiasa pastikan untuk periksa diri kita semula. Macam saya pun kadang-kadang bila orang tak dapat nak hubungi saya, saya akan serahkan kepada pengurus saya.

“Saya ada masalah juga lagi-lagi di WhatsApp. WhatsApp kumpulan keluarga pun jarang buka inikan pula yang lain,” katanya.

Naim yang bakal muncul dalam program Terpaling Juara di TV3 menyifatkan apa yang terjadi pada Iman adalah proses pembelajaran.

“Saya percaya perkara ini adalah proses sebab saya tahu Iman pun masih baru dalam industri. Jadi, perkara ini agak asing untuk dia cuba sesuaikan diri.

“Dari masa ke masa kita akan belajar. Saya berasakan media dah macam abang dan kakak saya sendiri. Kita hanya perlu pastikan kita sentiasa saling memahami,” ujarnya.

Jangan lupa saksikan Naim dalam program Terpaling Juara bermula 21 Ogos ini, setiap Ahad, 9 malam hanya di TV3!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 20 Aug 2018
Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Featured Sat, 11 Oct 2025

Status Rumah Tangga Sharifah Husna Didakwa Goyah? Netizen Komen: “Sekarang Ni Tak Ada Langsung Gambar Dia”

Pelakon Sharifah Husna mencuri perhatian warganet selepas beberapa komen tular mengenai status rumah tangganya bersama suaminya yang juga pelakon, Halim Radzi.

Events Fri, 14 Dec 2018

马台共制《爱玩客-分开旅行》阿哲生吃活虫!

马台共同制作《爱玩客-分开旅行》旅游行脚节目!大马艺人陈泽耀生吃活虫「先咬了头,之后……」

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Kontroversi Rekaan Samping Tak Jejaskan Jualan Elrah, El Azman Berjaya Raih RM250 Juta Sebelum Syawal

Kontroversi samping tidak memberi kesan terhadap jualan produk El Azman.

Trending Thu, 3 May 2018

7 Simple Ways Malaysians Can Show Love to Animals Including Strays!

There is a way to ensure cats and dogs no longer become strays.

Trending Sun, 29 Nov 2020
Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun!

Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu. “ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya […]

error: Content is protected !!