Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 17, 2022 @ 11:01am

Tahap Kesihatan Makin Baik, Jasmin Hamid Gembira Dapat Bekerja Seperti Biasa

Pelakon Jasmin Hamid, 48, memberitahu bahawa keadaan kesihatannya kini berada pada tahap yang bagus dan masih lagi boleh bekerja seperti biasa.

Penghujung Mei lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mana tahap kesihatan saya buat masa ini, baik-baik saja. Insya Allah, saya juga masih boleh bekerja macam biasa walaupun pernah mengalami serangan jantung sebelum ini.

“Malah, saya akan menjalani pemeriksaan dengan doktor pakar pada Februari tahun depan. Apapun, sekarang ini saya memang sihat dan boleh berlakon lagi,” ujarnya kepada XTRA ketika sidang media secara virtual drama Anak Beranak Abang Yie semalam.

Tambah Jasmin, dia kini sangat peka terhadap perkembangan kesihatannya dengan menjaga amalan permakanan kerana baginya penjagaan makanan harian sangat penting.

“Kalau rasa kurang sihat dan memang rasa tak boleh bekerja, saya akan berehat secukupnya. Apapun, paling utama adalah menjaga rutin pemakanan yang lebih sihat setiap hari,” ujar Jasmin.

Tampil membintangi Anak Beranak Abang Yie sebagai watak Che Yah, Jasmin berkata drama itu sangat menarik kerana mengisahkan ragam sebuah keluarga ketika berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 sebelum ini.

Drama yang bakal menghiasi slot Sakura pada jam 6 petang itu akan menemui penonton di TV3 mulai 16 Ogos, dari Isnin hingga Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Kahwini Lelaki Muda Punca Jasmin Hamid Kena Heart Attack, Suami Tampil Bersuara – “Stop Komen L*cah! Tak Suka Kami, Abaikan!”

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid Dimasukkan Ke CCU Akibat Serangan Jantung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 May 2025
Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Hiburan Mon, 4 Nov 2024
Trending Tue, 9 Oct 2018

Turun 1 KG Dapat RM 180, Syarikat Murah Hati Perkenal Program Turun Berat Badan

Oppsss…Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal dalam cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda. So, ada berani tak?

Trending Wed, 11 Aug 2021

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan […]

error: Content is protected !!