Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 18, 2022 @ 4:58pm

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Pelakon jelita, Izara Aishah meluahkan hasratnya ingin menjadi anak kepada lagenda Mahsuri, jika benar pengarah tersohor, Syamsul Yusof akan mengarah filem tersebut.

“Mahsuri ada anak tak? Nak jadi anak boleh? Tiberrrr,” tulisnya menerusi sebuah ciapan di akaun Twitter miliknya.

Aktres Vanila Coklat itu berkata demikian selepas pelakon versatil, Maya Karin memuat naik ciapan yang memaparkan tangkapan layar permintaannya untuk memegang watak Mahsuri di bawah arahan, Syamsul disambut baik.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen bersetuju sekiranya kedua-dua pelakon berkaliber tanah air itu bergabung di satu pementasan yang sama.

Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang sempat berseloroh terhadap ciapan Izara itu dengan berkata sanggup untuk menjadi suami anak Mahsuri atau pembantu peribadinya (PA).

“Kalau anak mahsuri perlu kan PA saya boleh jadi,” tulis netizen berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi ciapan lain Izara berkata dia hanya bergurau kerana merasakan filem epik melayu tidak sesuai untuknya.

“Izara Aishah sebagai Tun FatimahTak pun berlakon sebagai Putri Adruja Wijayamala(Cik Siti Wan Kembang),” kata seorang netizen. 

“Eh Tak mau la. Cerita epic tak sesuai dengan saya. Saya main-main je,” jawabnya.

Dalam pada itu, ramai peminat Izara meluahkan isi hati mereka yang teruja sekiranya pelakon hebat itu kembali berlakon setelah lama tidak beraksi sama ada dalam drama atau filem.

Namun begitu, Izara sebelum ini pernah menjelaskan bahawa dia kini amat memilih sebelum menerima sebarang nashkah skrip.

“Alhamdulillah masih ada banyak tawaran diberikan tetapi tiada yang sesuai. Saya memilih jalan cerita, skrip dan produksi yang akan saya bekerja sebelum memberikan kata putus.

“Saya lihat segelintir produksi drama banyak yang tidak serius, atas sebab itu juga saya lebih memilih untuk berlakon filem,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

中马携手合作《中国原创音乐大赛》推广原创原唱

Musicpreneur Malaysia 踏入新的里程碑,为学音乐和做音乐的孩子提供海外平台,与电视节目《中国原创音乐大赛》携手合作,推广创作人的歌曲同时候也培训新生代歌手。

Trending Tue, 27 Jul 2021

Bisnes Terkesan Kerana Pandemik Tak Jadi Penghalang Untuk Mila Jirin Bantu Orang Ramai

Perniagaan perkahwinan dan kembara umrah yang diusahakan oleh penyanyi Mila Jirin terkesan kerana kehadiran pandemik sejak tahun lalu. Namun begitu, Mila tidak berdiam diri dan berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai dengan menceburi pelbagai bisnes lain […]

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Mawi Cadang Jual Tiket Filem ‘Tiada Tajuk’ RM1?

Jom ke pawagam berhampiran bermula 4 April ini! Manalah tahu kan dapat peluang beli tiket dengan harga RM1 je.

Trending Wed, 20 Nov 2019

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis

Mereka ditahan utuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas proses tersebut

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Sun, 17 Aug 2025
error: Content is protected !!