Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 19, 2022 @ 4:36pm

[VIDEO] Luah Hasrat Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad Tempelak Aliff Syukri – “Awak Ketagih Perhatian, Pergi Jumpa Pakar”

Heboh di media sosial mengenai kontroversi yang melibatkan usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang baru sahaja melancarkan lagu duet terbaru bersama Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Baru sahaja melancarkan videonya pada dua hari lalu, Musik Video (MV) menjadi trending di tangga pertama dan telah meraih sebanyak lebih 600,000 tontonan di YouTube.

Justeru itu, Aliff berkata dia boleh dikategorikan sebagai penyanyi lelaki nombor satu negara dan turut meluahkan hasrat untuk berduet dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dijadikan ‘Lembu’, Kak Long 7E Mohon Henti Tunding Jari pada Aliff Syukri & Baby Shima – “Saya Tak Dibayar, Itu Kehendak Saya!”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di Instagram Harian Metro yang memaparkan berita Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

Berita tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang ramai orang, termasuklah pelakon hero Malaya, Sharnaaz Ahmad tampil menegur usahawan kontroversi itu.

“Ni betul betul masalah ni.. Brader, you just need professional help.. Orang sayang sebab tu orang tegur. Awak dah addict to attention and fame, and this will kill you very soon… @aliffsyukriterlajaklaris,” tulisnya di ruangan komen hantaran tersebut.

Komen bapa anak satu itu dipersetujui rata-rata netizen yang turut memberi pandangan yang sama terhadap isu membabitkan Aliff Syukri serta maruah agama, bangsa dan industri hiburan.

Meninjau di ruangan media sosial TikTok, komen yang diujarkan oleh Sharnaaz itu turut dimuat naik di aplikasi tersebut.

Berdasarkan komen di video berkenaan, ada dalam kalangan netizen yang berkata Aliff Syukri patut berasa bimbang dan mengambil berat terhadap komen yang telah diberikan oleh Sharnaaz itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Program TV Sat, 18 Apr 2020

“Biar Tahu, Jangan Keliru” Merungkai Persoalan Berkaitan Agama Hanya Dalam Tanyalah Ustaz

InshaaAllah, segala persoalan berkaitan agama akan terjawab dalam Tanyalah Ustaz

Trending Tue, 4 Aug 2020

Penutupan Semula Semua Sekolah Sedang Dalam Perbincangan – Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kanan Pendidikan […]

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

Penyanyi Rap Popular 90-an Nico Meninggal Dunia Dalam Tidur

Penyanyi rap 90-an, Nico meninggal dunia dalam tidur.

Hiburan Sat, 5 Jul 2025

“Jangan Menyesal Buat Baik, Ikhlaskan Kerana Allah” – Fazura

Fazura nasihat jangan menyesal buat baik ikhlaskan kerana Allah

Trending Wed, 4 Jul 2018

Sayu… Ibu Bapa Adam Rayqal Hadir Sesi Pengecaman Mayat

Ibu mangsa, Farrah Madihah Othman, 28, dan suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, ditemani ahli keluarga terdekat, disambut saudara mara dan rakan sekerja Farrah Madihah yang sudah menunggu di IPFN HKL sejak jam 9 pagi tadi.

Featured Fri, 26 Jan 2024
Featured Wed, 31 Jan 2024
error: Content is protected !!