Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 21, 2022 @ 3:27pm

Tak Terasa Dikecam, DSV Mengaku Suara Sedap! – “Saya Pun Dah Improve”

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) mengakui dirinya tidak terasa apabila suaranya dikatakan sumbang ketika bernyanyi.

Hasil tinjauan dari video yang dimuat naik oleh Media Hiburan, usahawan itu begitu yakin merasakan suaranya sedap untuk didengar dan nyanyiannya semakin baik.

“Saya memang suara sedap. Penyanyi dulu pun bukan nyanyi satu dua lagu lepastu dia improve. Saya pun dah improve,” katanya.

DSV juga menganggap setakat ini tiada lagi penyanyi yang mendapat sambutan seperti yang diterimanya menerusi lagu Ku Ikhlaskan.

“Mana ada penyanyi di Malaysia dapat spark (sambutan) yang macam tu. Lagu ni bukan genre untuk viral. It’s a serious song. Suara saya memang sedap,” tegasnya.

Menerusi video yang tular tersebut, pempengaruh Iqbal Zulkefli yang juga bersamanya ketika itu turut membela dan meyokong kenyataan usahawan kosmetik tersebut.

“Saya setuju pendapat professional semua penyanyi susah nak naik. Tapi untuk zaman sekarang kita tak boleh nak terima dengan keadaan redha je, nak batch orang.

“Tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza, walaupun penyanyi professional tetap buat lagu ikut trend. Kalau kita tak ikut, kita akan ketinggalan,” kata Iqbal.

Selain itu, DSV turut berharap agar orang ramai dapat menerima pendapat itu dengan hati terbuka dan jadikan sebagai pengajaran.

“Suara saya sedaplah. Bolehlah auto-tune pun, gunakanlah teknologi yang ada,” katanya.

@mediahiburanofficial Datuk Seri Vida Akui Suaranya Sedap, Sangkal Dakwaan Founder Produk Perosak Industri Muzik. #MHnews #mediahiburan #dsv #datukserivida ♬ original sound – Media Hiburan

Hasil tinjauan di ruangan komen portal itu, kebanyakan warganet memberi pelbagai respons berkaitan perkongsian yang dimuat naik itu.

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri turut menerima keceman hebat selepas membuat kenyataan bahawa dirinya kini merupakan penyanyi nombor 1 negara.

Malah, Datuk Awie juga sempat meluahkan rasa kesalnya apabila industri Muzik tanah air semakin tercemar selepas dek kerana sikap sesetengah usahawan dan TikTokers.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Luah Hasrat Nak Berduet Dengan Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad Tempelak Aliff Syukri – “Awak Ketagih Perhatian, Pergi Jumpa Pakar”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sedih Industri Muzik Dilacurkan, Datuk Awie Sound Siapa Tu? – “Bercakap Tak Sedap, Menyanyi Apatah Lagi.. Dah Kaya Jangan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Michael Ang Sindir Aliff Syukri? -“Setakat Di YouTube, Nampak B*doh Naw Claim Singer No. 1”

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Events Fri, 29 Apr 2022
Hiburan Sat, 14 Dec 2019

Resepsi Eizlan, Natasha Penuh Istiadat

Seperti pinang dibelah dua!

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

Hiburan Mon, 18 Nov 2024

Famili Duo 4: Shiha & Ieda Zikir Runtun Jiwa, Jadi Juara Minggu Ke-4! Jom Semak Kedudukan & Markah Penuh Peserta

Shiha Zikir & Ieda Zikir berjaya menjadi juara minggu keempat Famili Duo 4!

error: Content is protected !!