Hiburan By: Padin August 20, 2022 @ 5:53pm

Rindu Bidang Lakonan, Tya Arifin Tak Terfikir Nak Guna Kontroversi Untuk….

Pelakon yang kini bergelar usahawan, Tya Arifin mengakui dia merindui kerjaya sebagai seorang pelakon.

Kini fokus dalam menguruskan bisnes dan keluarga, Tya mungkin akan mempertimbangkan tawaran lakonan jika mendapat naskhah sesuai.

“Berlakon memang minat saya. Memang saya rindu untuk berlakon tetapi sekarang saya memberikan fokus dalam bidang perniagaan.

“Kali terakhir saya tampil di kaca televisyen adalah menerusi telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran enam tahun lalu. Insya-Allah mungkin saya akan kembali berlakon jika dapat tawaran yang sesuai.

“Kalau ada telefilem atau filem, mungkin saya akan pertimbangkan tetapi untuk menerima tawaran drama bersiri, saya mungkin menolaknya kerana komitmen masa. Saya perlu fokus terhadap bisnes dan menguruskan keluarga,” katanya.

Tya ditemui di majlis pelancaran produk dan memperkenalkan duta terbaharu produk Mutyara, Anna Jobling di Wisma Mutyara di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tya juga tidak terfikir untuk melakukan gimik sensasi seperti menggunakan aset tubuh serta fizikal sebagai tarikan utama untuk menjual produk jamu miliknya.

Tak sanggup terpalit kontroversi, Tya bagaimanapun menghormati setiap susun atur ‘marketing’ yang dibuat sesetengah pengasas produk kecantikan bagi meraih perhatian pengguna.

“Semua orang berbeza. Saya hormati pengasas lain. Mereka ada cara tersendiri, begitu juga saya. Setiap peniaga ada sasaran tersendiri, saya juga sama.

“Saya tak mahu fikir orang lain kerana mahu fokus terhadap produk sendiri. Saya tahu kualiti yang saya bawakan dan saya tak mahu meniaga sekejap sahaja, saya mahu berbisnes dalam tempoh masa yang lama,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Tue, 28 May 2019

‘Hilang Suara, Demam Tak Kebah’, Hael Husaini Sakit Dibuat Orang?

Penyakit misteri Hael, mengharapkan doa para peminat agar cepat sembuh

Featured Wed, 13 Mar 2024

“Kau Kencing Mak Bapak Kau Hidup-Hidup, Dah Minta Maaf Belum?”- Hantaran Di IG Curi Perhatian, Aiman Tino Perli Siapa Tu?

Haaa, ambik! Siap bagi gambar liang lahad lagi. Kalau tak sedar, tak tahulah nak cakap apa lagi😱😱😱

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Berat badan naik, Don’t care!