Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 23, 2022 @ 4:07pm

Pernah Alami Gangguan Kesihatan Mental, Scha Elinnea Tak Peduli Kritikan Netizen

Pelakon Scha Elinnea mengakui dirinya kini tidak peduli dengan kutukan netizen.

Pernah mengalami skizofrenia dan insomnia, Scha lebih memilih untuk tidak mengambil tahu segala kecaman terhadapnya kerana tidak mahu kesihatan mentalnya kembali terganggu.

“Saya choose untuk tak handle benda tu. That is the best way untuk handle benda-benda tu. Jadi dia tak kacau saya punya mental health.

“Bila kita terlampau nak tengok apa yang orang nak cakap pasal kita, perkara itu yang akan stresskan kita lagi dan its not good for my mental health,” katanya kepada XTRA.

Perkongsian tersebut telah dibuatnya ketika ditemu buat bagi mempromosikan drama terbaharunya yang berjudul, Hati Tanpa Rasa yang bakal bersiaran di TV3.

Sebelum ini, Scha pernah dikecam warganet kerana dikatakan tidak menjaga batas dan terlampau seksi.

Namun, pelakon wanita itu menyatakan setiap perkara yang ditonjolkan menerusi drama yang dilakonkan adalah semata-mata untuk menampakkan keserasian bersama pelakon yang digandingkan.

“Saya datang set melakukan tugas apa yang diberi, mana yang boleh elak, kita elak. Tapi benda-benda tu kita nak nampakkan chemistry untuk dapatkan yang terbaik bila cerita tu keluar.

“Pasal benda-benda buruk kita taknak ambil tahu. Saya tak baca pun komen netizen. Komen mana yang bagus-bagus, saya baca tapi tak details nak tahu setiap orang punya komen. Sakit hati nanti kita pulak yang sedih,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 May 2023
Featured Mon, 24 Jun 2024

Kamal Bakar Nazak, Kuman Merebak Hingga Tutup Paru-Paru

Kita doakan moga abang Kamal Bakar dikurniakan syifa🤲

Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Hiburan Thu, 7 Mar 2019
Hiburan Mon, 23 Dec 2024
Featured Wed, 11 Oct 2023

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Wah, ramai juga artis yang berjodoh asalnya sekadar jadi peminat je kan😍😍😍

Trending Sun, 14 Jul 2019

Alahai…Budak Sekolah Pun Dah Pandai Vape Ke?

Anda nak rosakkan diri, silakan. Jangan pengaruhi anak-anak kecil ini. Tolonglah… saya merayu!

error: Content is protected !!