Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 22, 2022 @ 9:53am

Kongsi Rasa Teruja, Shiera Bakal Terima Menantu November Depan!

Pengacara dan pelakon, Sharifah Shahirah atau Shiera, 48, berkongsi rasa teruja selepas mengumumkan dirinya bakal menerima menantu pertama pada 11 November depan.

Sebelum ini, puteri sulung Shiera, Allisya Tahir telah selamat bertunang dengan lelaki pilihan, pada Mac lalu.

Menurut Shiera, dia menerima sahaja keputusan anaknya untuk berkahwin pada usia yang muda dan tidak kisah dengan pilihan hati puterinya.

“Saya tak kisah pun dia nak kahwin awal. Itu pilihan dia untuk tamatkan zaman bujang pada usia muda. Sebagai ibunya, saya terima saja keputusan Allisya dan tidak menghalangnya.

“Insya-Allah, Allisya akan mendirikan rumah tangga pada 11 November depan, manakala majlis resepsi pula dijangka berlangsung pada 13 November. Alhamdulillah, saya pun sebenarnya tidak kisah dia nak berkawan dengan siapa.

“Pada saya, asalkan dia pandai menjaga batas pergaulan, syukur Alhamdulillah. Apapun, bagi saya bakal menantu juga seorang lelaki yang baik dan begitu juga dengan keluarganya,” katanya.

Shiera juga berharap agar segala perancangan menuju ke majlis bahagia anak dan bakal menantunya dipermudahkan serta segala urusan mereka berjalan lancar.

“Saya hanya mampu bersyukur dengan rezeki dan rahmat daripada Allah ini buat kami sekeluarga. Cuma, sebelum ini saya tidaklah terlalu berkongsi mengenai perkara berkaitan keluarga di media sosial. Apapun, terima kasih di atas segala doa yang baik-baik buat kami.

“Setakat ini, persiapan masih lagi berjalan dan saya serahkan kepada anak dan bakal menantu saja untuk mereka uruskannya. Untuk saya, teruskan sokong mereka apa yang terbaik,” katanya.

Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt yang berasal dari Singapura.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Alahai Comelnya Anak Sulung Abam Bocey!

Comelnya Syed Uthman Hamzah!

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

Featured Fri, 14 Oct 2022
Trending Wed, 28 Aug 2019

Win a Cash Prize of RM1,000 with #KitaPunyaMalaysia Photography Contest in the Spirit of the 62nd Merdeka

We make Malaysia beautiful! There’s no ‘glorious’ without ‘us’!

Featured Tue, 24 Jun 2025
Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Amal Jariah Buat Palestin, Aeril Zafrel ‘Berjuang’ Dalam Mini Filem ‘Taufan Al-Aqsa’

Aeril membawakan watak Ahmad, seorang ejen Al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin

Trending Thu, 18 Jul 2019
error: Content is protected !!