Featured By: Salma Syahbuddin August 22, 2022 @ 11:16am

Singapura Bakal Mansuh Undang-Undang Larangan Hubungan S*ks Sejenis

Selepas Thailand, Singapura juga bakal mengikut jejak langkah negara itu apabila Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa Singapura akan memansuhkan undang-undang melarang hubungan seks sejenis sekaligus mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.

Walaupun umum sedia maklum, bahawa Singapura terkenal dengan nilai konservatifnya, namun semakin ramai penduduk di negara itu yang menggesa agar Akta 377A yang wujud pada era kolonial itu dimansuhkan.

“Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kebanyakan rakyat Singapura akan terima,”katanya.

Lee berkata, golongan itu (homoseksual) sudah mula diterima dan menghapuskan Akta 377A bakal meletakkan undang-undang Singapura selari dengan norma sosial masa kini.

Malah, beliau berharap pemansuhan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada golongan homoseksual di Singapura.

Tambahnya lagi, kerajaan Singapura juga akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih baik untuk perkahwinan sebagai satu konsep amalan untuk lelaki dan wanita sekaligus  ini akan menyukarkan perkahwinan sesama jantina untuk disahkan.

Sementara itu, Singapura juga akan kekal sebagai sebuah masyarakat tradisional, dengan ramai yang berminat untuk mengekalkan norma keluarga dan sosial.

Untuk rekod, Singapura merupakan negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak hubungan sejenis selepas India, Taiwan dan Thailand.

 

 

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020
Trending Wed, 14 Feb 2018

「肥胖竟然会传染」和胖子朋友共处一室,你也会发胖!

你知道肥胖有可能会传染吗?虽然很多人不相信,但是根据夏威夷大学的研究人员分析,和体重超重的朋友一起吃东西,可能因为体重过重朋友的「帮助」,或是下意识的选择,和胖子朋友相同的饮食,最后一起导致体重增加。

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Fri, 30 Jul 2021

Pdp Pelajar Asasi, Diploma Bermula Ogos

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, universiti awam (UA) boleh mempertimbang kemasukan pelajar asasi dan diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober depan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar baharu program asasi dan diploma […]

Trending Mon, 18 Sep 2023
FESYEN Tue, 21 Mar 2023
Trending Fri, 5 Jun 2020