Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 23, 2022 @ 5:07pm

“Spoil Tengok Bengkung Tu” – Netizen Tegur Busana Merah Hannah Delisha Di KLFW

Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun KLFW memang menjadi acara tumpuan pada saban tahun.

Dihadiri ramai selebriti tempatan bagi memberi sokongan kepada pereka fesyen tanah air, KLFW dilihat sebagai medan kepada selebriti untuk menggayakan fesyen tersendiri ketika menghadiri slot pertunjukan fesyen.

Tidak melepaskan peluang, pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha turut menghadiri ke pertunjukkan fesyen tersebut dengan busana tersendiri.

Hannah yang kini anggun bertudung memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya menggayakan busana merah ciptaan pereka fesyen terkenal tempatan, Alia Bastamam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Delicia (@hannahdelisha)

Di sebalik pujian yang diterima, terdapat teguran yang dilemparkan kepada anak kelahiran Singapura itu.

Rata-rata peminat mempersoalkan mengapa busana tersebut menunjukkan bengkung di luar dan mengatakan busana tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah berhijab.

Imej manis Hannah yang mengenakan tudung sejak tahun 2020 menuai pujian ramai yang memuji kecantikannya.

Sumber: Instagram hannahdelisha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Lepas Rindu Terhadap Peminat, Kai Deva Tetap Turun Busking Sekali-Sekala

Kai Deva tidak pernah melupakan permulaannya sebagai pemuzik jalanan meskipun kini semakin dikenali.

Featured Thu, 29 May 2025

“Ibadah Paling Syaitan Benci Adalah Perkahwinan Yang Halal” – Fynn Jamal

Perkahwinan jadi isu paling ditakuti genyerasi muda.

Trending Mon, 3 Aug 2020
Hiburan Mon, 3 Apr 2023

“Tak Ada Wanita Yang Mahu Lalui Pengalaman Ini” – Bekas Isteri Sam Bunkface

Saya sedar saya orang biasa, saya tak ada pengaruh…

Featured Tue, 26 Mar 2024

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Ops! Ramai juga yang kecam minta Lofa faham perasaan caller 🙄🔥

error: Content is protected !!