Featured By: Aqilah Paharuzi August 23, 2022 @ 8:07pm

[VIDEO] Kulit Sensitif Pada Cahaya, Ustaz Kazim Elias Akui Terpaksa Beri Ceramah Tutup Sebahagian Muka Dengan Topi

Penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mencuri perhatian netizen apabila penampilannya semasa memberi ceramah baru-baru ini undang rasa sebak netizen.

Umum sedia maklum, Ustaz Kazim sebelum ini pernah mendedahkan dirinya menderita sakit misteri hampir setahun lalu sehingga seluruh tubuh badannya luka termasuk di bahagian muka.

Menerusi sebuah ceramah siaran langsung di Facebook, Ustaz Kazim muncul dengan mengenakan pakaian bertopi bercorak celoreng dan menutup hampir seluruh mukanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sayu apabila melihat penceramah kegemaran ramai itu dalam keadaan sedemikian, namun tetap bersemangat dalam menyampaikan ceramah berkenaan yakjuj dan makjuj.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut mendedahkan mengenai sebab dia memakai topi yang menutup separuh mukanya dan hanya nampak di bahagian mata.

ā€œSaya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh badan. Jadi, mulai malam ini (semalam), saya harap semua tak terkejut saya pakai macam ni.

ā€œIa untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh badan saya buat sementara waktu berpakaian seperti ini. Saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu,ā€ katanya.

Sementara itu, Ustaz Kazim turut memberitahu dia sedang dalam usaha untuk mengembalikan kulitnya sembuh seperti sediakala.

Ujarnya lagi, segala usaha adalah atas nasihat doktor yang menyarankan dirinya untuk tidak mendedahkan mana-mana anggota tubuhnya pada pancaran matahari.

ā€œKalau perhati betul-betul, wajah saya dalam siaran langsung nampak perbezaan ketara antara sekarang dengan beberapa bulan lepas.

ā€œJadi, dengan izin Allah saya sedang sedaya upaya mahu kulit kembali elok dan tubuh kembali sihat. Ini yang rawatan saya sedang jalani sekarang ini,ā€ katanya lagi.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Kazim bagaimanapun berkata dia tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai penyakit sebenar yang dihadapinya kepada media.

ā€œKeadaan saya sekarang ini, saya tidak boleh jawab di media, saya kena diam sahaja. Kalau orang tanya, saya jawab ā€˜Alhamdulilllahā€™,ā€ ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ustaz Kazim mendedahkan keadaan wajahnya yang ditumbuhi ketulan kecil berwarna hitam sehingga boleh berdarah secara tiba-tiba.

Keadaan itu juga membuatkan rasa sakit, gatal, pedih dan membuatkan dirinya berasa gelisah hingga tidak dapat tidur seharian beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:Ā Tular Lakaran Lukisan Wajah ā€˜Penyihirā€™, Ustaz Kazim Elias Mohon Henti Sebarkanā€¦ ā€˜Pawangā€™ Akui Hanya Ikut Permintaan Ramai

Sumber: Facebook Ustaz Kazim Elias

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Ditahan Satu Ujian, Doakan Exists…

Rata-rata peminat kumpulan lagenda ini memberikan kata semangat di laman Instagram Ajai.

Events Wed, 6 Mar 2019

Ammar Dan Achey Bawa Pulang RM10K?

Syabas buat gandingan double A ini!

Featured Thu, 12 Jan 2023

Aisyah Hijanah Sebak Kongsi Detik Terakhir Pemergiaan Kuda Peliharaan – “Kita Jumpa Lagi Anna…”

Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah menceritakan detik-detik terakhir kuda peliharaannya, Anna pergi meninggalkannya. Menurut Aisyah, selepas sahaja dia dan suaminya, Alif Teega menamatkan siaran langsung di TikTok dan sudah ingin masuk tidur, groomer menghubungi mereka […]

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN!Ā 

Featured Mon, 15 May 2023
LIFESTYLE Wed, 18 Apr 2018

Wow! Gincu Untuk Penggemar ‘Musang King’

Hadir dalam warna kuning seakan-akan warna durian musang king, kami pasti korang yang sukakan durian memang rasa ‘kenyang’ jer bila gunakan gincu ini. Tak menyesal punya beb!