Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 21, 2024 @ 5:28pm

Famili Duo 4: “Sepanjang Minggu, Kami Asyik Menangis… Setiap Kali Menyanyi, Mesti Keluar Air Mata” – Shiha & Ieda Zikir

Duo adik beradik, Shiha dan Ieda Zikir tidak dapat menahan sebak ketika membuat persembahan di pentas minggu keempat Famili Duo 4.

Menurut pelantun lagu Irama itu, bukan mudah untuk dia dan kakak, Ieda Zikir membuat persembahan yang penuh emosi kerana ia merupakan tribute kepada arwah bapa dan abang iparnya.

“Kami ambil keputusan, persembahan minggu keempat merupakan tribute khas untuk arwah abah yang saya sangat rindu dan suami kepada Ieda, arwah Majed Salleh.

“Minggu ini agak susah untuk kami berdua sebab waktu rehearsal bukan dekat pentas je tapi di studio pun kami akan menangis. Setiap kali nak nyanyi lagu ni, mesti menangis.

“Memang impian arwah bapa dan arwah abang ipar untuk melihat kami adik beradik berkongsi pentas dan akhirnya, Famili Duo 4 menyatukan kami,” kata Shiha.

Dalam pada itu, Ieda mendedahkan Shiha menjadi sumber kekuatan untuk dirinya meneruskan persembahan kerana emosinya terganggu sebelum memulakan persembahan.

“Minggu ini memang minggu menangis. Sebenarnya, sebelum nak naik pentas dan membuat persembahan, saya masih menangis lagi dan rasa lemah.

“Tapi saya sangat bersyukur Shiha bagi semangat untuk saya meneruskan persembahan. Saya tak dapay nafikan, memang susah sangat nak kawal emosi. Akhirnya, semua berjalan lancar dan saya tak sangka kami dapat tempat pertama minggu ini,” kata Ieda.

Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.

Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).

Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

丁当519来马开10周年演唱会

欢庆出道十年,丁当启动全新巡演《想恋一个爱》一恋十年世界巡回演唱会,以 “回到刚出道时刻”的心情概念,于5月19日(星期六)晚上8时,在吉隆坡KLCC Plenary Hall,与歌迷近距离接触。

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Mon, 10 Feb 2025

[VIDEO] Nafi Terima RM400,000, Ziana Zain Bertegas Hanya Bantu Siasatan SPRM, Bukan Suspek

Zain Zain bertegas hanya menjalankan tugas sebagai duta syarikat perunding kewangan

Events Mon, 29 Jul 2024

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Betul ada mak bapa yang lebih selesa anak mereka dihantar ke sekolah harian sebab takut dengan isu buli ni😎✌️

Trending Thu, 27 Jan 2022

Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Popular Ditahan Ketika Lalok Di Studio Rakaman

Bekas pemain gitar kumpulan rock popular bersama adiknya ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ketika sedang ‘lalok’ di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, semalam. Kedua-dua individu berusia 46 dan 26 tahun itu […]

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Kebahagian Itu Kita Yang Cipta & Nikmati” – Aliff Syukri Minta Isteri ‘Arrange’ Berbuka Puasa, Kelibat Bekas Suami Bonda Rozita Curi Tumpuan

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri memaklumkan, kebahagiaan itu harus dicipta dan dinikmati.

error: Content is protected !!