Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari August 25, 2022 @ 4:47pm

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikenakan hukuman penjara dan denda atas kesalahan penyelewengan berjumlah RM42 juta.

Susulan itu, ramai yang dilihat bergembira dengan perkhabaran tersebut sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau.

Sehubungan itu, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun telah membuat teguran dan menasihati orang ramai untuk tidak berbuat sedemikian.

Menerusi perkongsian video @dillahussin di akaun TikToknya, Ustazah Asma’ Harun akui terkilan melihat orang ramai yang beragama Islam menghina sesama sendiri di laman sosial.

“Kita tidak boleh bergembira diatas kecelakaan yang berlaku ke atas saudara Islam kita, tak kira siapa.

“Kita tidak boleh pun rasa gembira dengan ayat padan muka dulu kau buat aku… aaa memang kena padan rasakan dan sebagainya,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kebaikan yang pernah dibuat oleh seseorang individu itu tidak boleh untuk kita nafikan dan mustahil hanya kejahatan atau keburukan sahaja yang dilakukan.

“Kebaikan yang pernah dilakukan jangan dinafikan, memang ada kebaikan, sudah tentu ada pasti ada. Mustahil semuanya kejahatan dan keburukan, pasti ada kebaikan.

“Beliau pernah menjadi Perdana Menteri, beliau pernah menjadi Timbalan Menteri, beliau pernah menjadi Menteri macam-macam jawatan.

“Pernah melaksanakan amanah rakyat dengan baik, pernah menjadikan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara yang baik,” luah pendakwah wanita itu.

Tegur Ustazah Asma’, hanya mahkamah Allah yang paling adil dan paling jelas untuk menghukum seseorang.

“Dan sekiranya sebaliknya, kita serah yang terbaik, yang paling jelas, yang paling adil adalah mahkamah Allah SWT,” tegurnya.

Sehubungan itu, Ustazah Asma’ menyeru orang ramai untuk tidak terlibat menghina atau mengkeji mana-mana pihak dan cukuplah menjaga diri sendiri sahaja.

“Kalau kita nampak ada orang mentertawakan, menghina, mengejek dengan perkataan-perkataan keji dan hina, tolonglah jaga diri kita sendiri… tak usahlah kita terlibat,” katanya.

Malah, lebih baik untuk kita mendoakan diri sendiri dan seseorang itu berubah ke arah kebaikan.

“Kita mendoakanlah… ampunilah diriku dan ampunilah dia Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan berilah petunjuk kepadanya Ya Allah.

“Doa itu lebih baik ya muslimin muslimat,” nasihatnya lagi.

Terdahulu, Najib Razak telah disabitkan hukuman 12 tahun penjara dan denda berjumlah RM210 juta atas tuduhan menyeleweng dan SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Oct 2024

Selepas Lebih Dua Dekad Tak Muncul Dengan Lagu Solo, Hazrul Nizam Tampil Dengan Rawan

21 tahun tak ada lagu solo, Hazrul Nizam muncul dengan Rawan!

Featured Fri, 28 Apr 2023

Siri Anime Popular Saluran Animax & GEM Kini Di Tonton!

Bestnya dah boleh layan anime dekat Tonton!

Featured Wed, 18 Sep 2024
Trending Tue, 3 Nov 2020

Lanjutan Moratorium Bantu Ringankan Hutang Rakyat

Terutamnya kepada golongan yang memerlukan

Featured Fri, 17 May 2024

Berbeza Pendapat Isu P*lestin, Kasih Iris Leona Mohon Netizen Jangan Samakan Dengan Azhar Sulaiman 

Masing-masing ada pendapat sendiri kan? JAdi terpulang pada anda untuk menilai😎✌️

error: Content is protected !!