Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 26, 2022 @ 4:57pm

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Baru-baru ini, beberapa isu kontroversi melibatkan individu beragama Islam termasuklah yang bergelar jutawan dilihat seolah-olah tidak mengendahkan kecaman warganet.

Malah, tindakan mereka yang tampil dengan tarian ‘soft porn’ serta isu pengkid memakai ihram sambil mengerjakan umrah seakan-akan menunjukkan golongan ini tidak menggunakan akal fikiran yang waras semata-mata mahu viral dan mendapatkan jumlah ‘viewers’ yang ramai.

Bahkan, ia seperti mahu memuaskan kehendak sendiri sehingga tidak mengendahkan sensitiviti dalam beragama.

Terbaharu, menerusi program temu bual, Sembang Viral TV9 yang di hoskan oleh Datuk Rosyam Nor, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Abdullah Khairi (UAK) tampil mengulas mengenai topik Tolong Jangan Malukan Islam.

“Kalau matlamat kita betul, tapi cara kita tak betul tetap tidak betul.

“Dan, bagi orang yang ada iman, ada agama, dia akan nampak bahawa pengaruh sebegini boleh menular kepada anak-anak bangsa kita,” katanya.

Ustaz Abdullah Khairi berkata, sekiranya tarian berunsur lucah ataupun aksi lucah itu ditunjukkan secara umum demi mempromosikan sesuatu produk maka, orang ramai perlu menegur secara terbuka atau umum dan bukannya membuka aib.

“Tegur  dengan baik. Dia buat benda tersebut secara umum maka, kita kena tegur secara umum. Tapi bila dia buat secara tertutup atau tak nampak tapi kita buka dan dedahkan maka, itu namanya membuka aib.

“Jika dia dedahkan di sosial media, kita perlu tegur di sosial media… tapi kena tegur dalam keadaan tegas, bukan makian.

“Tapi ingat, dalam hadis Allah SWT berkata, apabila melupakan apa yang aku peringat, Allah akan buka pintu kesenangan. Tapi, ingat! Allah juga boleh mengambil benda tersebut.

“Memang dia tunjuk benda tak elok, kita nampak macam boleh viral tapi… suatu ketika Allah SWT boleh ambil. Mungkin Allah bagi sakit sehingga orang itu akan berputus asa. Jadi kita takut ‘putus asa’ inilah yang akan buatkan kita susah kelak.

“Dan mana-mana income yang diperolehi dari melakukan perkara yang dilaranga tetap tidak akan berkat,”jelasnya.

Menyentuh mengenai topik pengkid memakai ihram yang tular baru-baru ini, Ustaz Abdullah Khairi memaklumkan, individu terbabit secara jelas telah melanggar pantang larang dan melakukan benda yang tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan manusia yang beragama Islam.

“Sekarang ni, untuk wanita dia mesti menutup aurat kecuali muka dan pergelangan tanga. Sekarang ini kalau dia terbuka dengan sengaja kena bayar dam (denda) dan katalah dia balik Malaysiadan dia tak bayar dam… dia kena bertaubat sebab dia telah melanggar pantang larang tersebut iaitu melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Hukum tetap hukum. Dia bukan sahaja menghina malah, down grade kan agama,” kongsinya lagi.

 

Untuk info, program Sembang Viral musim kedua ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10.30 malam di TV9.

Program berdurasi 30 minit ini akan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor bersama-sama tetamu jemputannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 18 Jun 2024

Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

Sanggup datang dari jauh semata nak bernikah dan berpoligami di Thailand

Trending Thu, 9 May 2019

Wajah Malaysia Baharu Selepas Setahun

9 Mei 2018 adalah kebangkitan aman rakyat Malaysia.

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Katy Perry In Khoon Hooi? Wow!

Way to go Khoon Hooi!

Featured Tue, 23 Nov 2021

Makin Sado! Netizen Kagum Dengan Perubahan Badan Anak Norman Hakim & Abby Abadi

Putera sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim telah menarik perhatian orang ramai dengan perubahan fizikal badannya. Baru-baru ini, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon telah memuat naik perkongsian di […]

Hiburan Fri, 7 Dec 2018
Fab Foodies! Sun, 30 Dec 2018

Maksud Kolestrol Tinggi Dalam Badan

Kolesterol mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Andai kata tekanan darah menjadi terlalu tinggi, ia menjadi bahaya dan berisiko

Hiburan Fri, 30 Jun 2023
error: Content is protected !!