Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari August 26, 2022 @ 12:54pm

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi dan penulis lirik muda berbakat, Sophia Zuhri tampil dengan buah tangan baharu yang dihasilkan sendiri bagi melengkapkan album penuhnya.

Tampil melakukan persembahan An Evening with Sophia Zuhri di Royal Chulan Damansara pada Rabu, gadis ini telah mendendangkan lima buah lagu hasil karyanya iaitu Mediocre Love, Against Me, Mimpi-Mimpi Ini, Perfect For You dan juga single pertamanya Game of Charades kepada penonton.

Sophia mengakui bahawa dirinya gementar apabila ingin menyanyikan lagu ciptaanya secara langsung kerana kebanyakan orang tidak pernah lagi mendengar lagunnya.

Namun begitu, Sophia menganggap ia sebagai sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Pada awalnya saya rasa sangat gementar membuat persembahan untuk pertama kalinya. Ini kerana kebanyakan orang masih belum mendengar lagu-lagu saya sebelum ini. Tetapi, ia menjadi satu memori manis yang tidak akan saya lupakan.

“Saya rasa sangat teruja berada di pentas dan menyanyikan lagu-lagu saya. Saya sangat menghargai mereka yang hadir, menyokong dan membuatkan selesa di atas pentas kerana ia satu pengalaman yang menggembirakan. Saya rasa sangat seronok melihat orang ramai memberi respons yang baik apabila saya mempersembahkan lagu-lagu saya. Harapnya semua suka,” kata Sophia.

Walaupun masih muda, Sophia, 18, berani keluar daripada kebiasaan dengan mempertaruhkan lagu bergenre ‘Britpop’ dalam industri muzik.

Ditanya mengenai idola dalam industri muzik, Sophia mendedahkan dia meminati penyanyi Yuna dari segi penulisan lirik dan juga personaliti penyanyi tersebut.

“Saya menggemari Yuna. Dia seorang artis antarabangsa yang berasal dari Malaysia. Dia juga menulis pelbagai lagu dari banyak genre. Saya juga menyukai personalitinya sebagai seorang penyanyi,” ujarnya.

Dalam showcase An Evening With Sophia Zuhri terbabit, gadis itu turut melancarkan album pertamanya secara rasmi.

Antara penggiat muzik yang turut hadir ke majlis ialah penyanyi dan komposer terkenal, Ajai, penyanyi, Black Hanifah, Aisha Retno, Daniel Chuer, Ewal dan ramai lagi.

Album yang dimuatkan dengan 10 buah lagu hasil karya Sophia diterbitkan oleh Inspirasi Entertainment Sdn. Bhd. dan diedarkan Universal Music (M) bakal dipasarkan secara digital pada September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Mon, 2 Aug 2021

“Tak Kekwat, Lain Dari Yang Lain..”- Penampilan Pertama Nabila Huda Sebagai Hos Melodi Buat Ramai Teruja

Penampilan pertama aktres berbakat, Nabila Huda sebagai hos Melodi semalam ternyata mencuri perhatian ramai. Menerusi rancangan Melodi yang bersiaran jam 12.30 pada hari Ahad semalam, dilihat ramai netizen yang meninggalkan komen positif setelah menonton rancangan […]

Selebriti Fri, 9 Feb 2018

FATTAH, FAZURA NAIK PELAMIN 25 FEBRUARI

Fattah, Fazura memilih Februari sebagai bulan untuk meraikan hari bersejarah. Persandingan pasangan sama cantik sama padan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu kota. Pasti meriah kan!

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Trending Tue, 4 Aug 2020

Permohonan e-Penjana RM50 Tidak Lulus? Ikuti Langkah-Langkah Ini..

Buat korang yang tak lulus e-Penjana, wajib baca!

Trending Fri, 22 May 2020
Trending Thu, 19 Aug 2021
error: Content is protected !!