Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 26, 2022 @ 4:47pm

“Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

Isu protes terhadap konsert antarabangsa diadakan di Malaysia semakin menjadi perbualan hangat di serata media sosial susulan konsert bintang popular luar negara, Billie Eilish yang baru sahaja selesai menghiburkan peminat tempatan.

Kemudian, muncul pula bintang Kpop kegilaan ramai, Blackpink yang bakal membuat konsert di Malaysia sekitar Mac 2023.

Ekoran itu, difahamkan ramai pihak yang menentang selebriti-selebriti antarabangsa untuk membuat konsert di Malaysia kerana ia disyaki hanya akan melalaikan.

Terbaru, pelakon dan pengacara versatil, Nabila Huda tampil memberikan pendapatnya yang seakan menentang pendapat segelintir pihak.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil menyatakan ada perkara lain yang harus diberi perhatian, selain hanya tertumpu untuk menentang konsert antarabangsa.

“Kena batal international concert, kalau tidak nak protes? Seriously?

“Banyak benda yang perlu diberi perhatian untuk negara kita, itu yang diberi perhatian. ‘Immature’-nya” tulisnya di akauan Twitter.

Menerusi ciapan lain, anak kepada lagenda rock Amy Search itu turut membangkitkan persoalan sekiranya sama ada konsert antarabangsa itu boleh menyebabkan budaya hedonisme.

“Konsert antarabangsa boleh menyebabkan budaya hedonisme? Oh come on,” tulisnya beserta emoji tepuk muka.

Ciapan Abil mencuri perhatian rata-rata netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap isu tersebut.

Ada dalam kalangan mereka yang menyokong ciapan Abil itu, malah turut mengaitkan dengan isu politik.

Begitupun, segelintir netizen turut membidas komen Abil itu dengan berkata mengadakan konsert adalah bertentangan dengan agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Sep 2025
Hiburan Sat, 13 Oct 2018

「台语歌王」蔡小虎携龙千玉明年0105「攻顶」

纵横歌坛二十多年的「台语歌王」蔡小虎,这次与相识超过20载、素有「情歌天后」美誉的龙千玉,敲定了明年到云顶开唱的好消息!

Featured Fri, 13 Jul 2018
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

10 KPOP IDOLS WITH THE HIGHEST INCOME

Many KPOP idols are known to be very rich as many of them earn lots of money from endorsement deals, commercials, dramas and song royalties. And these 10 people are the richest of the rich in the industry.

Featured Thu, 27 Jun 2024

“Saya Perlu Positif Demi Anak-Anak & Pekerja” – Azharina Sahkan Hidap Kanser 

Allahu, moga Azharina dikurniakan syifa dan kekuatan yang luar biasa💪❤️

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Doakan AR Badul…

Semoga cepat sembuh idola ramai…

Hiburan Sun, 5 May 2019

Anak Tak Pegang Handphone Sendiri, Nabil Tak Kisah Dilabel Kolot!

Kalau nak tengok di laptop, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun sekejap sahaja. Hari Isnin-Jumaat, mereka perlu fokus dengan pelajaran

error: Content is protected !!