Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 1, 2022 @ 2:26pm

Netizen Sangsi Dengan Percutian Mewah, Ini Respons Hairul Azreen

Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian ramai menerusi video percutian mereka sekeluarga ke New Zealand baru-baru ini.

Memetik laporan Boom, percutian selama 10 hari itu adalah hadiah Hairul untuk keluarganya setelah penat mencari rezeki.

“Saya sibuk bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga bercuti. Itu saja tujuan hidup saya sekarang. Jadi saya cari duit dan kemudiannya gembirakan keluarga saya.

“Sebenarnya sebelum itu saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang, lalu kami putuskan untuk ke sana,” ujarnya.

Menurut pelakon filem Paskal ini, sejak dulu lagi dia sering memberi ganjaran pada diri sendiri dan suka melakukan perkara yang menggembirakan hatinya bersama keluarga.

“Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip begitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun.

“Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita, contohnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak beli sesuatu dan saya pernah merasai hidup sebegitu.

“Jadi saya hanya pergi mandi air terjun, sebab tak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebab nanti kita akan tertekan, kita kerja kuat untuk apa?

“Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga,” katanya.

Menjawab kesangsian umum tentang kemewahan miliknya, disamping berlakon, Hairul juga melakukan pekerjaan yang lain.

“Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja. Saya juga ada melakukan kerja lain, tapi tak perlulah saya bercerita. Seperti hari ini saya hadir ke Manic Studio sebagai duta untuk studio ini dan pada masa sama mengajak orang ramai untuk bersukan,” katanya.

Terdahulu, Hairul mencuri perhatian netizen menerusi percutian mewah di beberapa buah negara antaranya Maldives, London dan Australia, termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

Sumber: Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jan 2026

20 Tahun Hidap Sinus, Mira Filzah Rasa Terganggu… Mimi Lana Kongsi Tips!

Mira mengakui masih sukar memahami keadaan sinus yang sering menyerangnya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal.

Hiburan Fri, 21 Feb 2025

Singgah Ke SMK Convent (M) Kajang, Program ‘Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah’ Diteruskan

Program ini bertujuan meningkatkan kreativiti, interaksi dan semangat murid-murid dalam menimba ilmu.

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam

Featured Fri, 28 Sep 2018
Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Terima Menantu, Che Ta Sebak Lepaskan Anak Sulung… Ammar Effendy Sah Bergelar Suami Auni Ikhwan

Rozita Che Wan atau Che Ta menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy selamat bergelar suami kepada Auni Ikhwan sebentar tadi.

Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
error: Content is protected !!