Euforia Bola 2026
Contest By: Fatin Nurain September 5, 2022 @ 3:35pm

Terpaling Juara: RM5,000 Milik Shaz Sekali Lagi, Hattan Tidak Setuju Ada Penyingkiran… Ini Recap Konsert Ketiga!

Konsert ketiga Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) di anugerah paling berprestij.

Menerusi program yang menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap ini, tiga kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #PlaylistAJL.

Pada minggu ketiga ini, persaingan  antara enam peserta menjadi lebih sengit selepas Datuk Hattan menyuarakan keinginannya untuk menyaksikan persembahan yang lebih hangat dan mengujakan berbanding minggu lalu.

Minggu Ketiga:

Aqmal – Taman Rashidah Utama (AJL 4, nyanyian asal Wings

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Ifa Raziah – Sepi Sekuntum Mawar Merah (AJL 6, nyanyian asal Ella)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Hazami – Mas Mona (SFMM 7, nyanyian asal Jeffrydin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Aqeesh – Tak Tercapai Akalmu (AJL 21, nyanyian asal Elyana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Shaz – Purnama Merindu (AJL 14, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Rahmad Mega – Ghazal Untuk Rabiah (AJL 12, nyanyian asal Jamal Abdillah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Pada minggu ketiga juga, Terpaling Juara telah diserikan dengan persembahan daripada Naib Juara Anugerah Juara Lagu 35, penyanyi Aina Abdul dengan lagu Semalam.

Persembahan terbaik minggu ketiga Terpaling Juara ini menyaksikan persembahan mantap Shaz yang menyampaikan lagu Purnama Merindu menjadi pilihan juri dan penonton.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Shaz yang merupakan anak didik Hael Husaini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 buat kali kedua pada minggu ini.

Tema minggu hadapan juga telah ditetapkan oleh pihak produksi iaitu bertemakan ‘Kapten’ di mana peserta perlu menyanyikan lagu-lagu ciptaan kapten masing-masing yang pernah berjaya melepasi SFMM dan AJL.

Konsert Terpaling Juara minggu ketiga juga menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku selepas Datuk Hattan tidak bersetuju mana-mana peserta disingkirkan pada minggu ini.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Featured Thu, 11 Nov 2021

Gara-Gara Homestay Tiada Seterika, Suami Banggakan Isteri Guna Cerek Eletrik Untuk Ratakan Tudung

Tindakkan seorang suami ini melicinkan tudung isterinya menggunakan cerek eletrik mendapat pujian ramai di TikTok. Video pendek yang berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan suami kepada pemilik video bernama @eja2110 meratakkan kedut ditudung dengan melalukan […]

Trending Mon, 25 Jan 2021
Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

It’s Gong Xi RIUH This Weekend at the Gasket Alley

There will be a bunch of special shows too!

error: Content is protected !!