Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 9, 2022 @ 6:13pm

Selepas PA Buat Hal! Khairul Aming Tampil Buat Permohonan Maaf – “Saya Percaya Dia Tanpa…”

Susulan tular isu mengenai sikap pembantu peribadinya yang disifatkan biadap, Khairul Aming tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf di laman Twitter.

Berdasarkan ciapannya, Aming memaklumkan bahawa dia telahpun memadam semua kontak pengurusnya yang diletakkan di media sosial dan dia mengambil inisiatif sendiri untuk berurusan dengan klien.

“Saya telah memadam semua kontak pengurus saya dari media sosial. Buat masa sekarang saya sendiri akan menguruskannya sehingga ada pengurus baharu,” tulis Aming.

Jelasnya lagi, dia hanya akan fokus kepada penghasilan video masak sahaja buat masa sekarang dan akan berehat sebentar daripada membuat video untuk klien.

“Buat masa sekarang, saya akan berhenti sekejap buat video untuk klien termasuk produk makanan, restoran atau seminar. Saya nak fokus kepada perkara yang saya suka dari 7 tahun lepas iaitu video masak,” ciapnya.

Bukan itu sahaja, Aming memohon maaf kepada semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurusnya itu dan dia kesal kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pengurus yang juga merupakan kawannya itu.

“Secara peribadi, saya minta maaf dengan semua pihak yang pernah berurusan dengan pengurus saya sebelum ini. Dia kawan saya dan saya sangat mempercayai dia untuk menguruskan hal ehwal klien tanpa betul memantau kualiti kerja dia. Akhirnya banyak orang yang ada pengalaman buruk dengan dia selama ini

Sehubungan itu, Aming turut menyatakan perkara yang berlaku ini membuatkan dia belajar sesuatu dan akan cuba menambahbaikan lagi perkhidmatannya.

“Sekali lagi saya nak mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat selama ini. Saya banyak belajar hari ini dan akan cuba menambahbaikan lagi selepas ini. Terima kasih banyak-banyak,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Apr 2023
Trending Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Featured Fri, 10 Sep 2021

“Macam Muka Puteri Raja..”- Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Curi Perhatian Ramai

Kecantikan anak gadis kepada pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim berjaya mencuri perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Fiza berkongsi beberapa foto anak dara suntinya di laman Instagram setelah lama tidak bersua muka. Menerusi […]

Trending Fri, 23 Apr 2021
Hiburan Mon, 7 Oct 2024
Trending Tue, 30 Mar 2021

Tonton Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Secara Awal & Eksklusif Di…

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara […]

Featured Tue, 16 Jun 2020
error: Content is protected !!