Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2024 @ 10:04am

Lebih Ceria, Wajah Fattah Amin Tidak Sugul Hadir Sebutan Cerai Kedua Bersama Fazura

Pelakon, Fattah Amin kelihatan lebih segar dan tenang hadir ke sebutan kedua kes perceraian bersama aktres jelita, Nur Fazura.

Pelakon filem Pendekar Awang ini tidak lagi tanpak sugul seperti kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 25 September lalu.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, pada kali ini bersuara apabila meminta wakil media mendoakan kelancaran urusannya pada hari ini.

“Doa-doa yang baik, semoga segalanya dipermudahkan,”katanya ketika di perkarangan mahkamah kira-kira pada pukul 9.30 pagi tadi, 11 minit selepas kehadiran Fazura.

Fattah diiringi Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong yang sebelum menyatakan adanya tanda positif terhadap perjalanan kes perceraian pasangan ini yang bakal diselesaikan secara baik.

Fattah yang hadir menggenakan sut biru lengkap bersongkok turut menjawab mengenai keadaan puteri tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4.

“Dia gembira dapat luang waktu dan menyambut ulang tahun kelahirannya dengan daddy dia,”katanya.

Pasangan terbabit hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua tuntutan perceraian yang difailkan oleh Fazura terhadap Fattah.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai, namun, ia mengejutkan ramai pihak. Sehingga kini, isu yang berlaku antara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

圣诞佳节捎来好消息!那英云顶演唱会宣布加场

「天后」那英暌违18 年来马一唱,原定于明年2月16日举办,有鉴于外界反应热烈,主办单位正式宣布决定在2月15日再加开一场!

Featured Thu, 4 Jun 2026

Fify Azmi ‘Spill The Tea’, Dedah Mesej Perbualan Didakwa Kekasih Dengan ‘Penyondol’ – “Saya Tak Pernah Fikir Kongsi Perkara Macam Ni”

Tindakan pelakon Fify Azmi berkongsi mesej perbualan didakwa kekasihnya bersama wanita lain mencuri perhatian ramai.

Agama Fri, 28 Jun 2024

Ramai Pilih Nikah Di Sempadan, Kerajaan Perkukuh Kerjasama Dengan Agensi Agama Selatan Thailand

Bagus juga sekurangnya dapat pastikan perkahwinan itu sah di sisi undang-undang

Featured Sat, 6 Jul 2024

“Bagi Saya Rugi Kalau Tak Nak Anak”- Hazama Selar Pasangan Memegang Prinsip ‘Childfree’

setuju dengan Hazama, anak itu akan pengikat kasih-sayang dalam rumah tangga

Events Wed, 27 Jun 2018

” Single, But Not Available!” – Fasha Sandha Perjelas Video Peluk Cium Aidil

Fasha mengakui sedang bahagia dengan kehidupannya sekarang tetapi masih belum mahu memikirkan soal perkahwinan kerana mahu terus fokus terhadap kerjaya seninya

Hiburan Thu, 30 Apr 2026

“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman. Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak […]

Featured Fri, 22 May 2026

Azar Azmi Sebak Kembali Ke Set Penggambaran – “Saya Gemuruh & Takut”

Azar Azmi dilihat teruja selain mengakui gemuruh untuk kembali beraksi dikaca tv.

Drama Sat, 30 May 2026

Rosyam Nor, Rita Rudaini, Sophia Albarakbah Bergabung! Kuasa, Wanita & Obsesi Jadi Taruhan ‘Jiwa Seorang Pentaksub’

Jiwa Seorang Pentaksub bakal menemui penonton bermula 1 Jun 2026 di slot Samarinda TV3.

error: Content is protected !!