Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 10, 2022 @ 8:21pm

Tunku Mona Riza Kembali Dengan Rain Town

Pengarah Tunku Mona Riza kembali menduduki kerusi sutradara untuk filem terbaharu berjudul Rain Town.

Menampilkan gandingan Chew Kin Wah yang memegang watak Chew dan Susan Lankaster (Ai Lin), Rain Town merupakan filem kedua arahan Mona.

“Saya menyahut cabaran untuk mengarahkan Rain Town, naskhah berbahasa Kantonis yang menjalani penggambaran di Taiping, Perak.

“Taiping mendapat nama jolokan Rain Town kerana ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia.

“Watak utama dibawa oleh pelakon berbakat besar, Chew Kin Wah yang memegang karakter Chew, seorang pesara yang terlibat dalam pertaruhan hujan (rain betting).

“Chew tinggal bersama bersama isteri, Ai Lin (Susan Lankester) dan tiga orang anak iaitu Isaac (Fabian Loo), Alex (Wilson Lee) dan Ruby (Pauline Tan).

“Pada awalnya, mesti penonton akan rasakan filem ini bercerita mengenai pertaruhan hujan yang pernah wujud di Taiping. Pertaruhan hujan hanyalah kisah permulaan sahaja kerana Rain Town mengangkat kisah keluarga.

“Chew merupakan seorang bapa yang suka campur tangan kehidupan anak-anak dan membuatkan urusan keluarga mereka huru-hara. Saya percaya, banyak keluarga lain turut berhadapan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak mereka.

“Saya ingin menerapkan mesej ibu bapa juga harus mengambil tahu apa yang dimahukan oleh anak-anak mereka dan tidak terlalu berkeras menentukan pilihan sendiri dan tidak mengendahkan permintaan anak,” katanya.

Biarpun lebih enam tahun sepi tanpa sebarang filem, Mona tidak meletakkan sebarang harapan untuk naskhah Rain Town.

“Kali terakhir saya menjalani penggambaran filem adalah pada tahun 2015 menerusi Redha. Redha menjengah pawagam pada 2016 dan akhirnya tahun ini saya kembali ke set dengan filem Rain Town. Insya-Allah filem ini bakal ditayangkan tahun hadapan.

“Sejujurnya, saya tak boleh beri apa-apa harapan untuk buah tangan kedua ini. Saya sendiri tak tahu bagaimana penerimaan Rain Town kelak, adakah ia akan pergi jauh, adakah filem ini akan meraih mana-mana trofi, adakah naskhah ini akan mendapat pengiktirafan?

“Buat masa ini, saya hanya mahu buat yang terbaik dan mahu memberikan sepenuh fokus menyiapkan karya ini. Segalanya saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Mona pernah merangkul trofi Pengarah Harapan Terbaik menerusi naskhah Redha di Festival Filem Malaysia ke-29 pada 2017.

Redha yang menceritakan pengalaman pasangan suami isteri membesarkan anak yang menghidap autism dipilih sebagai penyertaan Malaysia untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-89 tetapi ia tidak dicalonkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Jun 2022

Ameera Khan Tidak Bertudung Sepenuhnya, Noor Kartini Mohon Doa – “Dia Masih Dalam Fasa Melatih Diri…”

Datin Noor Kartini memohon agar mendoakan yang baik-baik sahaja buat Ameera Khan.

Events Thu, 29 Nov 2018

全家来马过平安夜!钟镇涛女儿当嘉宾、老婆当服装师

钟镇涛12月24日携妻带女来马巡演,与歌迷共度一个难忘的平安夜!

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Anak Ahmad Dhani Sebak Di Konsert Reunion Dewa 19

Semalam berlangsungnya konsert reunion Dewa 19 yang mana lebih 7,000 penonton membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam. Apa yang menyentuh hati di stadium semalam apabila anak kepada vokalis Ahmad Dhani, Abdul Qodir Jaelani atau Dul tidak […]

Featured Fri, 15 Nov 2024
Hiburan Sun, 1 Mar 2026

“Penghayatan Kami Berbeza! Kalau Tak Suka Cover Kelly Azman, Jangan Kecam… Sila Swipe” – Syamel

“Terima kasih Kelly Azman kerana memilih untuk cover lagu saya, tapi mohon peminat jangan kecam” – Syamel.

Hiburan Tue, 8 Jul 2025

Riena Diana ‘Sejuk Hati’ Ramai DM Minta Maaf

Riena Diana hampir deactivate akaun Instagram

Featured Sat, 11 Oct 2025

“No Wonder Ramai Sayang Faz!” – Azza Elite Tersentuh Dengan Keperibadian Fazura, Sifat Rendah Diri Buat Ramai Kagum

Menurut Azza, sebelum ini dia berasa segan untuk menegur Fazura, namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dalam sebuah acara baru-baru ini.

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
error: Content is protected !!