Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 15, 2022 @ 8:37pm

Jumpa Caprice Minta Nasihat, Isteri DDNK Hempas Bantal – “Mereka Cakap Saya Perampas!”

Pasangan pengantin baharu iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris yang dilihat bertemu Caprice mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian Caprice di Instagram, Ernie meluahkan perasaan kecewa apabila dia dituduh seorang perampas kerana berkahwin dengan Nazri atau lebih dikenali sebagai DDNK pada Jumaat lalu.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, dia buntu untuk memberi nasihat dan jalan penyelesaian buat pakar saham dan isteri berhubung kontroversi yang dilalui mereka baru-baru ini.

“Perampas? Cap jam (buntu) tak tahu macam mana nak nasihat,” tulisnya.

Wanita yang berusia 25 tahun itu bengang apabila ada segelintir pihak mempersoalkan jodohnya yang sudah ditakdirkan untuk berkahwin dengan pakar saham tersebut.

“Dorang cakap I perampas! I tak boleh terima tu semua. Kenapa nak kena persoalkan tu semua? Itu dah jodoh kan,” ujarnya sambil baling bantal ke lantai.

Di atas pemerhatian Xtra, video tersebut sudah dipadam oleh Caprice dan memuat naik video DDNK memohon netizen agar berhenti mengecam isterinya yang juga masih seorang pelajar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

“Saya tahu majlis perkahwinan saya menimbulkan kekecohan di alam maya dan saya memohon kepada warga netizen untuk memberi sedikit ruang kepada isteri saya supaya dia tidak dikecam.

“Dia masih sahaja berumur 25 tahun, seorang student dan mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku dan doakan perkahwinan kami lebih bahagia dan tenang. Terima kasih,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan berpendapat perkara ini tidak perlu dihebah-hebahkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Nov 2021

Dikatakan Kecewa Kandas Di Separuh Akhir Muzik Muzik Tahun Lalu, Apa Harapan Naim Daniel Untuk Lagu Purnama?

Selebriti serba boleh, Naim Daniel mengakui puas apabila sesebuah karya yang dikeluarkannya dapat dirasai orang ramai. Pernah dikatakan kecewa apabila lagu Sembah nyanyiannya gagal mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), kini single Naim […]

Trending Sat, 2 Nov 2019
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Events Wed, 26 Feb 2025
Selebriti Tue, 31 Oct 2023
error: Content is protected !!