Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2022 @ 5:01pm

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Penyanyi Rahmad Mega beranggapan misinya pada konsert kelima Terpaling Juara berjaya setelah mendendangkan lagu Bunga nyanyian asal Ara Johari.

Membawakan lagu tersebut dengan gaya tersendiri, persembahan Rahmad mendapat pujian penonton di media sosial.

Menurut Rahmad, dia berpuas hati dengan persembahannya meskipun tidak dapat memuaskan pihak juri.

“Saya berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik sebenarnya, cuma pihak juri sudah tentu mahukan yang lebih. Idea Kapten (Hael Husaini) mahu kekalkan saya bawa lagu dengan gaya tersendiri.

“Kali ini, saya dah berjaya membawakan lagu Bunga versi Rahmad Mega, cuma belum cukup maksimum bagi juri.

“Secara peribadi, saya puas hati dengan nyanyian saya harini berbanding minggu lepas,” katanya kepada XTRA.

Biarpun menerima pujian daripada penonton, persembahan Rahmad mendapat kritikan juri, Datuk Hattan dengan mengatakan susunan muzik yang dipersembahkan agak bosan.

Bagi Rahmad, setiap orang pasti mempunyai pendapat tersendiri dalam menilai sesuatu persembahan.

“Ada betulnya apa kata juri sebab masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Hattan ada cadangan yang baik dalam pemberian idea cuma saya anggap misi saya kalini berjaya.

“Pendapat kita sebagai pendengar masa kini dengan juri tidak sama, pendapat juri menjurus kepada pendapat peribadi. Dengan cadangan yang diberi Hattan, kita ambil serius.

“Dalam program Terpaling Juara ini, ia mengabungkan orang baharu dan orang lama, bagi orang lama macam saya sudah tentu mempunyai gaya tersendiri,” jelasnya.

Persembahan Rahmad juga berada di kedudukan dua terbawah namun terselamat dengan tiadanya penyingkiran untuk minggu kelima.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 May 2026
Trending Fri, 9 Apr 2021
Featured Fri, 9 Aug 2024

Dihenyak Kecaman & Tuduhan Fitnah, Bapa Hafiz Suip Beri Pesanan – “Ingat Karma, Hari Ni Dia Kena… Satu Hari Awak Pula”

Kesian Hafiz, walaupun dah explain panjang-panjang tetap ada juga yang mulut jahat ek😥🔥

Trending Fri, 7 Aug 2020
Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Siapa ‘Seth’ Di Hati Shila Amzah?

Kehadiran Seth mewarnai hidup Shila

error: Content is protected !!