Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 22, 2022 @ 8:45pm

[VIDEO] Caprice Belanja Petrol RM10,000 Esok

Penyanyi rap sensasi Caprice bermurah hati memperuntukkan sebanyak RM10,000 untuk orang ramai mengisi minyak petrol secara percuma esok.

Menerusi perkongsian video di Tikok, Caprice memberitahu pemberian petrol secara percuma itu akan bertempat di stesen minyak Petronas Jalan Jelatek II, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pada pukul 2.30 petang.

“Assalamualaikum. Siapa yang mahu minyak petrol percuma, saya mahu belanja anda esok (Jumaat) pada pukul 2.30 petang. Boleh datang bawa motor, kereta, van atau bas. Saya peruntukkan RM10,000 untuk anda semua.

“Saya juga mahu berikan hadiah kepada 10 pelanggan terawal berupa topi, kasut dan beberapa barangan edisi terhad yang lain,” katanya.

@tigerofalqudscap nak belanje korang minyak.. sape2 free jumaat 2:30pm Petronas Jalan Jelatek II ❤️♬ original sound – KING PECAH BARANG

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kemuliaan hati penyanyi itu.

Sumber: TikTok tigerofalquds

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin, 29, pada jam 10.40 pagi tadi. Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa […]

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Senario Beri Penjelaskan Ketiadaan Pak Ya – “Kami Dah Berbincang, Ini Atas Permintaan….”

Kumpulan Senario tampil memberi penjelasan mengenai ketiadaan pelawak Ilya Buang atau Pak Ya.

Featured Wed, 20 Apr 2022
Events Sat, 12 Oct 2019
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Trending Wed, 21 Feb 2018

Bimbang Masa Depan Elfira, Punca Sufian dan Elfira Putus Tunang???

Penyanyi  Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, sah putus tunang! dan berita duka cita itu disahkan sendiri oleh ibu Elfira, Filzah Yusof, 52.

Trending Mon, 21 Oct 2019

Terkejut Ada Kelibat Sewaktu ‘Selfie’ Ketika Mendaki Bukit

Jaga-jaga sewaktu mengambil gambar tidak kira dimana ye

error: Content is protected !!