Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 23, 2022 @ 8:48pm

Fit For Action: Rupa Paras Menawan Bukan Kayu Pengukur, Aidil Menyerlah Dengan Bakat!

Tidak memiliki rupa paras yang menawan, bukanlah penghalang buat anak muda kelahiran negeri di bawah bayu itu untuk membuktikan bakatnya. Aidil (Aidil Afizin) tidak takut untuk mencuba watak-watak yang mencabar dan pelbagai genre.

Minat Aidil dalam lakonan bermula pada waktu kecil ketika menonton filem, Aidil mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana pembuatan sesebuah filem dibuat dan bagaimana seorang pelakon beraksi di depan kamera.

Minat kepada berlakon sudah ada namun dia tercari-cari cara untuk mendapat peluang beraksi. Sejurus melihat uji bakat dan menyertai uji bakat Fit For Action, Aidil bertekad untuk melakukan yang terbaik ketika uji bakat dan dia akhirnya dipilih. Selepas menyertai Fit For Action tuah Aidil masih melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Menjadikan pelakon Amerul Affendi sebagai idolanya, menurut Aidil, “Saya amat minat dengan Amerul Affendi kerana dia seorang pelakon yang versatil. Beliau tidak mementingkan rupa paras ketika berlakon dan mampu memberi lakonan yang hebat tanpa mengira genre. Walaupun begitu, saya tidak mahu menjadi Amerul Affendi kedua. Saya ingin menerapkan teknik dan cara lakonan yang diubah kepada cara saya.”

Tambahan pula, Aidil mengakui masih baharu dalam industri ini, tetapi dia percaya yang dia mampu berlakon pelbagai watak dan setanding Amerul Affendi dalam beberapa tahun yang akan datang.

Saksikan perjalanan lakonan Aidil dalam Fit For Action dalam menjadi seorang bintang lakonan yang hebat. Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action berkonsepkan cabar lakon-layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip.

Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 May 2025

Kongsi Pengalaman Terima Kotak Misteri Guna Dron, Rupanya Elizabeth Tan Minat Permainan Video Sejak Kecil

Minat Lizzy terhadap dunia permainan video timbul hasil pengaruh abangnya sendiri yang aktif bermain game.

Featured Sun, 13 Feb 2022
Hiburan Sun, 11 Aug 2024
Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Featured Mon, 17 Feb 2025

Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh berjudul, Hening Rindu nyanyian Marsha dinobat sebagai AJL39

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Replicated Draft Thu, 8 Feb 2024

Anak Lebih Selesa, Kaki Lebih Segar & Tak Berbau Dengan Kasut Sekolah Bata Antibakteria Ni!

Dah masuk musim kembali ke sekolah. Biasanya mak ayah yang paling sibuk buat persiapan anak ke sekolah. Banyak kelengkapan sekolah perlu disediakan seperti pakaian, beg, buku, alat tulis dan sebagainya. Antara barang wajib ada, mesti […]

error: Content is protected !!