Featured By: Fatin Nurain September 26, 2022 @ 12:24pm

Terpaling Juara: Shaz Kembali Rangkul RM5,000 Semula, Aqeesh Tersingkir… Ini Recap Minggu Keenam!

Konsert keenam Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) di anugerah paling berprestij.

Menerusi program yang menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap serta Ajai sebagai juri jemputan konsert keenam, tiga kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #PlaylistAJL.

Minggu keenam Terpaling Juara menyaksikan persaingan yang semakin hangat antara lima peserta selepas masing-masing sudah mula menunjuk ‘taring’ dalam persembahan mereka.

Pihak juri semakin serius dalam memberi komen tentang persembahan dan nyanyian peserta dan dinasihatkan perlu cabar diri lagi untuk memberikan yang lebih baik.

Minggu Kelima:

Aqeesh – Kisah Cinta Kita (AJL 34, nyanyian asal Hafiz Suip)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Shaz – Ku Bersuara (AJL 34, nyanyian asal Ernie Zakri)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Rahmad Mega – Keliru (AJL 17, nyanyian asal Ajai & Nurul)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Hazami – Pelangi Senja (AJL 27, nyanyian asal Stacy)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Aqmal – Terukir Di Bintang (AJL 27, nyanyian asal Yuna)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Pembukaan konsert minggu keenam Terpaling Juara turut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada lagu yang pernah menduduki carta muzik-muzik paling lama ketika Anugerah Juara Lagu 13 dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa yang dinyanyikan oleh Liza Hanim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Konsert minggu keenam Terpaling Juara juga dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada Dayang Nurfaizah yang menyampaikan lagu daripada Anugerah Juara Lagu 16, Seandainya Masih Ada Cinta dan Anugerah Juara Lagu 31, Lelaki Teragung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terpaling Juara (@terpalingjuaratv3)

Persembahan terbaik minggu keenam Terpaling Juara ini turut menyaksikan Shaz yang menyampaikan lagu Ku Bersuara gandingan bersama Nikki Palikat menjadi pilihan juri dan penonton.

Pemenang ditentukan dengan 70 peratus markah juri tetap dan 30 peratus markah undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Diumumkan sebagai Persembahan Terbaik, Shaz yang merupakan anak didik Hael Husaini kembali bangkit merangkul gelaran tersebut dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000 semula pada minggu ini.

Konsert Terpaling Juara minggu keenam menyaksikan Aqeesh yang merupakan anak didik Akim Ahmad tersingkir dan ini bermakna berbaki empat lagi peserta akan bakal meneruskan perjuangan mereka pada minggu ketujuh.

Tema minggu hadapan juga telah ditetapkan iaitu bertemakan ‘Band’ di mana peserta akan menyampaikan lagu-lagu band yang pernah bersaing dalam SFMM dan AJL.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Terpaling Juara setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di laman portal video www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Bukan Neelofa…Tetapi LOPAK!

Fashionista Neelofa versi ‘mampu milik’ …

Eat Travel Tue, 24 Sep 2019

Panduan mudah jika ingin melancong ke luar negara

Persedian sebelum melancong yang wajib anda tahu!

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Trending Sat, 26 May 2018

Jenazah Nur Alya Selamat Dikebumi

Bapa Allahyarham, Hairi Jamil, 45, dilihat sugul dan menahan sebak ketika melihat jenazah anak sulungnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Farid Kamil Didakwa! Tetap Pertahan Kenyataan

Farid ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir dilihat begitu tenang ketika sebutan kes dibacakan. Walaubagaiman pun, mahkamah juga membenarkan ikat jamin sebanyak RM2500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

Hiburan Fri, 13 Dec 2019