Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 27, 2022 @ 5:50pm

[VIDEO] Setanding Drama Korea, Babak Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali Jadi Bualan Penonton

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali kini menjadi fenomena apabila gandingan mantap Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim ternyata tidak mengecewakan.

Terbaharu, seorang pengguna memuat naik video reaksinya terhadap satu babak dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang dikatakan agak menarik.

Menerusi video yang berdurasi 2 minit itu, penonton drama tersebut meluahkan rasa kagum dan seronok dengan babak yang dilakonkan Aniq dan Siti Khadijah dalam episod 8.

“Aku memang suka sangat dengan babak ni dan suka dengan teknik rakaman yang nampak macam ‘natural’.

“Aku suka babak ketika turun bukit sebab nampak macam ‘one-take’ sahaja, bayangkan Aniq dan Siti Khadijah perlu hafal skrip betul-betul untuk babak ni, aku suka gila ‘shot’ ni.

“Diorang buat yang terbaik dalam babak ni, dan pihak pihak produksi juga banyak gunakan ‘wide shot’, aku lurve teruk dan fokus dengan babak ni.

“Drama melayu jarang main wide-shot tapi untuk drama ni diorang buat, kalau drama Korea diorang banyak shot dan pihak produksi ini juga buat,” komennya.

@mayadeens #sekalilagicintakembali #dramamelayu #iqiyi #dramasangat #sembangentertainment ♬ original sound – Mayadeens

Penonton tersebut juga berkata dia suka dengan ekspresi muka pelakon dalam menjayakan sesuatu babak.

Dalam video berasingan, pelakon Siti Khadijah juga ada memuat naik rakaman disebalik tabir drama tersebut yang memaparkan dia sedang melakonkan sebuah babak yang memerlukan dia mengalirkan air mata.

“Apabila anda mengambil adegan ini secara peribadi dan trauma melanda,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@sitikhadijahhalim_ When u took the scene personally and trauma hits.. #sekalilagicintakembali ♬ original sound – sitikhadijahhalim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya suka dengan lakonan Siti Khadijah dan menghargai setiap pelakon dalam menjayakan sesebuah watak.

Sekali Lagi Cinta Kembali yang telah menghiasi slot Akasia bermula 13 September 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.

Sumber: TikTok @mayadeens @sitikhadijahhalim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Trending Tue, 7 Aug 2018

Lombok Bergegar, 20,000 Penduduk Hilang Tempat Tinggal

Agensi Pencegahan Bencana Nasional (BNPB) berkata, ia menjangka angka kematian meningkat sebaik runtuhan lebih 13,000 rumah dibersihkan selepas dua gempa kuat dalam tempoh seminggu.

Hiburan Wed, 17 Aug 2022
Featured Thu, 8 May 2025

Penuh Emosi! Jom Throwback Perjalanan Ejen Ali Menjelang Filem ‘Ejen Ali The Movie 2’

Bersedia Ejen’s! Tugas anda belum selesai. Misi bermula 22 Mei ini!

Featured Tue, 9 May 2023
Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Sufian Suhaimi Tidak Kisah Digelar Raja Lagu Sedih

Penyanyi penuh kontroversi, Sufian Suhaimi sekali lagi mendapat perhatian media apabila beliau dilabel sebagai Raja Lagu Sedih. Namun, bagi penyanyi ini beliau sama sekali tidak kisah dilabel sebegitu asalkan lagu nyanyiannya diterima ramai

error: Content is protected !!