Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 2, 2022 @ 12:25pm

Pertama Kali Muncul Dalam Teater Jadi Pengalaman Termanis Aya Amiruddin

Pempengaruh Aya Amiruddin meluahkan rasa gembira dan teruja apabila dapat melebarkan bakatnya dalam insdustri seni menerusi Teater Maduku Terpaling Kalut yang mula dipentaskan pada Khamis lalu.

Menurut Aya, penglibatannya yang memegang watak sebagai Sarjan Manisah menerusi teater itu merupakan salah satu pengalaman yang termanis buatnya.

“It was a very fun experience sebab dapat bersama dengan bakat-bakat besar seperti Puteri Sarah, Anna Jobling, Azrel Ismail, Syafiq, Curly Jow dan pengarah yang baik.

“Kita dapat belajar sesuatu yang baru sebab teater ni berbeza dengan belakon drama semuanya one-shot je untuk ingat skrip, ekspresi muka dan sebagainya.

“Pengalaman berlakon dengan dorang memang sangat best la, kalau habis teater ni nanti mesti rindu semuanya,” katanya kepada XTRA.

Aya juga menyatakan bahawa dirinya tidak sukar untuk mencipta keserasian dengan barisan pelakon yang digandingkan bersama kerana sikap ceria dan peramah yang sedia ada dalam dirinya.

“Alhamdulillah, saya tiada masalah untuk cipta chemistry dengan semua orang, sebab bila jumpa je macam dah kenal lima tahun.

“Yang paling best, saya dapat tawaran ni bersama Syafiq masa buat content sebelum ni yang menjadi titik permulaan buat kami.

“Jadi, chemistry tu memang dah dapat daripada hari pertama walaupun tak pernah jumpa sebelum ni, tapi semua boleh satu kepala,” jelasnya.

Biarpun tidak mempunyai banyak dialog seperti barisan pelakon lain, Aya berharap dia mampu memberi impak yang besar kepada penonton ketika menjayakan watak Sarjan Manisah sewaktu pementasan berlaku.

“Harap orang terima dan gembira dengan penyampaian saya ketika teater. Walaupun sikit dialog saya akan menjadi impak kepada semua orang.

“Saya memang seronok dapat bergandingan dengan mereka semua dan pengalaman baru dalam seni lakonan teater tu. Alhamdulillah, saya dapat rasa pengalaman tu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aya turut menyatakan dia sudah mula mendapat banyak tawaran lakonan selepas membuat kemunculan menerusi sebuah program di stesen televisyen berbayar, sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya ada juga terima beberapa tawaran untuk masa hadapan tapi setakat ni saya tak dapat nak kongsikan dulu,” kongsinya.

Selain Aya, Teater Maduku Terpaling Kalut yang dipentaskan buat kali ketiga ini turut menampilkan pelakon popular seperti Anna Jobling, Azrel Ismail, Puteri Sarah serta tiga pelakon baru antaranya Syafiq Naser dan Curly Jow.

Teater ini juga telah dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama, Damansara bermula 29 September sehingga 2 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#mentor7: ‘Kalau Boleh Saya Nak Megat Dan Pasya Ke Final Tapi Apakan Daya…’ Aizat Sebak Penyingkiran Protege

Ketiadaan Megat di dalam Mentor 7 bukan saja memberi kesan kepada saya dan Pasya malah seluruh pasukan produksi…

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

录制第二首单曲《别说再等一下》李俊颉爆哭

疗愈系暖男歌手Victor李俊颉于今年中推出父亲节单曲《记得我爱你》意外地得到好评,如今乘胜追击再推第二首单曲《别说再等一下》。

Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Featured Mon, 10 Feb 2020

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Fad Bocey ralat tak dapat tatap muka arwah buat kali terakhir

Trending Mon, 2 Aug 2021

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Siapa yang belum dapat vaksin tu, boleh walk-in je okay!

Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

Trending Fri, 25 May 2018

Penuntut Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Di Temui Maut

Pelajar kolej ditemui mati, dipercayai dibunuh malam dengan kesan jerut pada leher mangsa.

error: Content is protected !!