Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 28, 2022 @ 4:18pm

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Susulan perkembangan kes melibatkan 11 pertuduhan gangguan seksual pendakwah bebas, Ebit Lew yang berlangsung pada Selasa, saksi pendakwaan yang merupakan seorang pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu menjadi saksi pertama bagi kes tersebut.

Menurut Mohd Fairuz, pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana takut dan mangsa menganggap dirinya sebagai orang kecil dan tertuduh pula sebagai ‘orang besar’.

Situasi tersebut sekaligus membuatkan pengadu takut suara mereka tidak akan didengari.

Memetik laporan Berita Harian, saksi juga mendedahkan telah menerima puluhan mesej aduan daripada mangsa-mangsa Ebit Lew melalui aplikasi  WhatsApp yang mengatakan bahawa kesemua mereka menerima gangguan seksual.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).

“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.

Saksi pujuk pengadu buat laporan polis

Menurut Fairuz ketika menjawab soalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, beliau ada meminta pengadu menggunakan ruang dan peluang ini untuk membuat laporan polis kerana membayangkan berapa ramai pula individu yang bakal menjadi mangsa pendakwah bebas tersebut.

Bagaimanapun, jawapan Fairuz telah dibantah oleh peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.

“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,”

” Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis,” jelasnya.

Namun, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.

Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.

Setakat ini, perbicaraan kes masih dijalankan sehingga Jumaat ini.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan termasuklah, didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Featured Tue, 9 Aug 2022

“3 Bulan Saya Merana!” – Tapak Kaki Dihunus Bilah Tajam, Azwan Ali Dakwa Disihir Artis Wanita Veteran

Semoga cepat sembuh Diva AA. Tapi siapa artis wanita veteran tu? 👀

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
familuv Wed, 1 Apr 2020
Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Dia Buka Aib Sendiri, Kenapa Saya Dipersalahkan? – Didie Alias

Sahabat yang baik akan selalu beri teguran, walaupun pedas

error: Content is protected !!