Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Putri November 29, 2017 @ 1:51pm

We Care Journey Beramal Sambil Membeli-Belah

Ho…Ho…Ho…Christmas is approaching! Korang ada plan hujung minggu ini? Kalau belum, jom ke pusat beli belah Suria KLCC, Alamanda atau Mesra Mall dan dapatkan kad ucapan Krismas edisi istimewa sepanjang Disember ini.

Bagi membantu kanak-kanak menghidap penyakit ‘Spinal Muscular Atrophy’ (SMA), Suria KLCC Sdn Bhd mengumumkan pengumpulan dana sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial syarikat berkenaan. Pengarah Eksekutif Francis Tan memberitahu program ‘We Care Journey’ ini tidak berasaskan keuntungan sama sekali dan bergantung sepenuhnya kepada dana yang disalurkan oleh individu atau syarikat korporat.

“Kami menetapkan sasaran sekurang-kurangnya RM 15,000 melalui penjualan kad ucapan Krismas yang direka khas oleh kanak-kanak ‘We Care Journey’,” katanya menerusi siaran akhbar.

Pengunjung di seluruh pusat beli belah di bawah pengurusan Suria KLCC termasuk Alamanda dan Mesra Mall boleh mendapatkan kad ucapan Krismas dengan harga permulaan RM10. Wang dana terkumpul akan disalurkan ke badan berkenaan untuk pembelian tiga unit mesin ‘Standers’ bagi membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman, peredaran darah serta pernafasan.

Untuk pengetahuan semua, penyakit ini berpunca daripada genetik yang menyebabkan otot menjadi lemah sekaligus mengakibatkan hilang keupayaan untuk berjalan, makan dan bernafas. Ia boleh menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak. 

Jadi, apa salahnya kita berbelanja sambil menderma sepanjang Disember ini! Bak kata pepatah…berat sama dipikul, ringan sama dijinjing…

 Gambar ihsan: Shutterstock

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Aug 2022

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Fuhhh letupan tu semua real tau! Rugi kalau tak tengok.

Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Featured Thu, 12 Mar 2026

Pernah Digelar Tak Popular, Zara Zya Dedah Identiti Pelakon Didakwa Perlekeh Dirinya – “Huruf ‘J’ Yang Dimaksudkan Bukan Janna Nick”

Zara Zya dedah individu yang disebut sebagai ‘J’ menerusi hantarannya di platform Threads bukanlah Janna Nick.

Featured Fri, 19 Aug 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
error: Content is protected !!