Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2022 @ 6:43pm

“Gedik & Terkinja-Kinja Bukan ‘Tiket’ Dilabel Gay” – Syafiq Naser

Walaupun namanya tidaklah segah seperti nama-nama pelakon lain,  namun selebriti yang juga merupakan pempengaruh media sosial, Syafiq Naser berjaya membawakan wataknya dengan baik menerusi teater Maduku Terpaling Kalut yang mula dipentaskan semalam.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Nursyafiq Naser, sebagai seorang yang baru terlibat dalam dunia pementasan dan lakonan, segala persediaan dibuat awal termasuklah belajar berlakon dengan orang yang berpengalaman dalam bidang teater dan berlatih untuk menghafal skrip setiap hari.

“Betul, ini adalah pengalaman pertama saya berlakon teater. First berlakon dan first teater.

“Kalau nak kata pasal preparation sebagai orang baru, kita dah siapkan awal iaitu sebulan sebelum. Setakat ini, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar kerana kita akan berlatih setiap hari dengan mereka yang berpengalaman, baca skrip dan sebagainya,” katanya kepada XTRA.

Selain itu, Syafiq mengakui turut berdepan cabaran sepanjang berlakon dalam teater tersebut namun kehadiran pelakon hebat seperti Puteri Sarah, Azrel Ismail dan Anna Jobling sedikt sebanyak membantu dalam menjayakan wataknya dalam teater ini.

“Cabaran dia adalah kena marah dengan pengarah. Tapi itu semua proses pembelajaran. Kalau tak ada orang tegur, sampai bila kita nak improve kan?

“Cabaran lain pula, semestinya menghafal skrip… sebab kita tak tengok sebelum ni punya teater jadi cabaran disitu agak besar jugalah. Nasib baik ada mereka yang berpengalaman jadi kita belajar daripada mereka,” kongsinya.

Dalam pementasan Maduku Terpaling Kalut, Syafiq membawakan watak lelaki lembut bernama Amy Amiro dan karakternya berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi.

Ketika disoal mengenai status dirinya yang didakwa gay kerana berjaya membawakan watak lembut serta gedik dan terkinja-kinja dalam teater serta video yang sering dikongsikan di media sosial, Syafiq sama sekali menolak tuduhan tersebut.

Baginya, memiliki sifat lembut, gedik dan terkinja-kinja tidak boleh dijadikan tiket untuk memanggilnya dengan gelaran sebegitu apatah lagi itu adalah salah satu ‘alter ego’ Syafiq terutamanya ketika bersama dengan rakan-rakan terdekat.

Itu adalah cerita sahaja. Dalam watak sahaja… So, bukan!

“Kalau kat luar mestilah ‘straight’. Itu sebenarnya alter ego saya. Kalau orang kenal Syafiq Naser, kita memang ada watak tu dalam media sosial and my alter ego is there.

“Tapi dalam teater ni… watak Amy Amiro dia kena extra gedik. Sebab… kita tak rasa ‘extra’ itu di luar atau normal punya harian. Jadi tiada istilah kaitkan saya dengan gelaran sebegitu,”  jelasnya semasa ditemui ketika sesi latihan teater terbabit.

Selain Syafiq, teater Maduku Terpaling Kalut akan menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Puteri Sarah, Anna Jobling, Azrel Ismail, Aya Amiruddin dan Curly Jow yang boleh disaksikan pada 29 & 30 September dan 1 & 2 Oktober di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 16 May 2019

Adakah roti selamat untuk dimakan oleh bayi?

Ketahui juga beberapa menu ringkas untuk si kecil.

Featured Mon, 3 Nov 2025

“Nak Type Get Well Soon Pun Payah” – Nadia Brian Luah Rasa Terkilan, Dakwa Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’

Pelakon jelita, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang disifatkannya sebagai ‘kawan lupa kawan’.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Pelakon Eiffel…I’m In Love Saphira Indah Meninggal Dunia

Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Saphira Indah…

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Hiburan Sun, 29 May 2022

Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Haqiem Rusli

Isteri Haqiem Rusli ditegur netizen tentang cara pemakaian baju dan tudungnya.

Trending Mon, 1 Oct 2018

墓园惊见巨大iPhone!老爸:送给女儿的最后礼物

墓园里出现巨大iPhone?一名父亲为了纪念女儿特将墓碑打造成iPhone,在肃穆的墓园中看起来格外突出。

error: Content is protected !!