Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 1, 2022 @ 7:17pm

“Cari Isteri Bukan Seperti Beli Barang Di Pasar Raya” – Dedah Terima DM Tawar Jadi Kekasih, Hafiz Hamidun Kini Rapat Dengan…

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun memberi bayangan dia kini sedang mengenal hati budi seorang wanita.

Tidak mendedahkan identiti wanita tersebut, Hafiz sekadar memberi ‘hint’ wanita itu berasal dari negara Indonesia.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 38, menyatakan bahawa jodoh bukan di Malaysia tetapi di luar negara.

“Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara,” jawabnya.

Hafiz turut mendedahkan bahawa ramai wanita yang cuba mendekatinya namun Hafiz memilih untuk tidak melayan apatah lagi pernah berhadapan dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Dia juga menjelaskan yang dia dia mahu mengenali hati budi seseorang dengan lebih mendalam sebelum melangkah ke hubungan yang lebih serius.

“Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tetapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu sahaja.

“Untuk memilih pasangan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasar raya,” katanya lagi.

Selepas lima tahu memegang status duda, Hafiz ditanya mengenai persediaan untuk kembali berumah tangga dan dia memberitahu yang dia tidak meletakkan sebarang harapan serta berserah dengan ketentuan Allah.

“Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjadi.

“Sekarang ini biarlah sekadar berkawan dahulu,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Joy Revfa pada Mei 2017.

Namun, tali perkahwinan tersebut hanya bertahan lima bulan apabila Hafiz meragui status cerai bekas isterinya dengan suami terdahulu.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Jun 2024

Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Peribahasa ‘Seperti Lembu Dicucuk Hidung’ bermaksud: Orang yang mengikut sahaja kehendak orang lain.

Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.

Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Sat, 2 Nov 2024
Events Wed, 24 Oct 2018

#SFMM33 : Ini Senarai Penuh 30 Buah Lagu Berjaya Tembusi Separuh Akhir MM33

Jangan lupa untuk hashtag #SFMM33 bagi menghangatkan lagi Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di laman sosial anda ya!

Hiburan Sun, 27 Jul 2025

Sultan Pahang Kurniakan Suami Pingat DIMP, Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin

Alhamdulillah, tahniah Datuk Hafez dan Datin Nelydia Senrose.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

《校园主播培训营》招募在籍大专生「让梦想发声」

常幻想自己坐在主播台上,以一口标准和流利的华语,为观众传递世界大小新鲜事的新闻主播?还是你梦想成为一位电视节目主持人?机会来了!只要你勇敢踏出第一步,就能离梦想更近一步。

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Zahirah juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika mereka masih bersama…

Hiburan Fri, 8 May 2026

Norman Hakim Teruja Marissa Dania & Maria Danisha Sambung Pengajian Dalam Bidang Perniagaan – “Saya Kena Kerja Lebih Smart & Efisien Lepas Ni”

Marissa dan Danisha akan mengikuti jurusan Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan sebelum memilih pengkhususan berbeza apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti.

error: Content is protected !!