Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 2, 2022 @ 3:22pm

“Banyak Perkara Saya Kena Uruskan” – Wany Hasrita Akan Berpindah?

Penyanyi Wany Hasrita memberitahu dia masih menyesuaikan diri sebagai isteri apabila terpaksa berjauhan bersama suaminya, Mohd Al-Adib.

Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata kini dia dan suami menjalani rutin biasa semula selepas satu bulan bercuti malah Wany juga sudah dua kali balik ke Kuching, Sarawak untuk bertemu suaminya.

“Sekarang, saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri kerana kami PJJ. Lagi pula, sesudah cuti sebulan selepas majlis perkahwinan itu, kini kami perlu kembali bekerja semula dengan saya di Kuala Lumpur dan suami pula di Kuching, Sarawak.

“Tak dinafikan, selepas berkahwin, situasi kehidupan memang berubah apabila saya perlu membahagikan perancangan antara kerjaya dan urusan rumah tangga sebaik-baiknya. Malah, diakui keutamaan saya kini lebih kepada rumah tanggalah.

“Alhamdulillah, suami saya faham dengan keadaan kami yang terpaksa berjauhan sekarang kerana komitmen masing-masing. Buat masa ini, kami juga akan selalu berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Kuching,” katanya.

Wany juga mengakui dia terpaksa menanggung rindu apabila terpaksa berjauhan dengan suami. Namun, pelantun lagu Pedas itu berkata dia dan suaminya sudah memikirkan perkara tersebut sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

“Apapun, sampai masa apabila semua komitmen saya di sini sudah selesai sepenuhnya dan nak ‘settle down’ dengan kerja serta ada anak, saya akan berpindah juga ke Kuching, mengikut suami. Tapi, bukanlah dalam waktu terdekat ini.

“Banyak perkara yang saya kena uruskan lagi, dan sekarang kami akan terus dengan kehidupan PJJ ini. Bahkan, kami pun okey menjalaninya kerana masing-masing faham dengan komitmen dan sentiasa bertolak ansur,” katanya.

Disoal mengenai cahaya mata, Wany dan suami mengakui dia dan suami tidak membuat perancangan dan menerima dengan syukur sekiranya diberikan rezeki anak.

Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib pada 22 Julai lalu selepas menjalin cinta sejak 2019.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 20 Nov 2025

Sharifah Rose Perjelas Status Terkini Dengan Ezzrin Loy – “Kami Tak Rapat Macam Dulu” 

Sharifah Rose, akhirnya membuka mulut mengenai status terkini hubungannya dengan Ezzrin Loy.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Selepas Setahun ‘Bercuti’, Naim Daniel Sambung Belajar

Doakan agar Naim berjaya menghabiskan pengajian tepat pada masa!

Events Sat, 15 Sep 2018
Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Trending Thu, 6 Aug 2020

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Boleh pergi ke bank bermula esok!

Trending Fri, 2 Aug 2019

Terhempas Dari Tingkat 5 PPR Kerinchi, Ada Yang Cedera

Pintu lif terbuka dan terhempas ke bawah sebelum melangkah keluar !!

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Munafik 2 ‘Bocor’ Di Internet, Skop Productions Saman Sasuke Kun

Suspek dikenali sebagai nama profil Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah di dalam bentuk Facebook Wall Post dan Instagram Post dengan nama profil @muhammad_izwan_shah.

error: Content is protected !!