Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 4, 2022 @ 6:36pm

[VIDEO] Muncul Gosip ‘Liar’ Berada Di Kelab Malam Bersama Lelaki, Ini Respons Azira Shafinaz 

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tampil menjawab dakwaan segelintir pihak atas kontroversi terpalit dirinya yang mendakwa berada di kelab malam bersama seorang jejaka.

Menerusi sebuah video temubual, aktres jelita ini terkejut muncul gosip liar berkaitan dirinya lalu menafikan perkara tersebut.

“Siapa, saya pun terkejut ni macam mana? Salah orang kot, saya tak tahu pasal ni.

“Saya baru balik Bangkok semalam bercuti dengan kakak. Saya tak ada buat apa-apa semalam, macam mana ni takutnya. Bukan saya tu,” jelasnya.

Disoal sama ada hatinya telah dimiliki, Azira berkata dia hanya mahu tumpu kepada perkembangan diri dalam karier industri hiburan.

“Saya masih single dan tiada sesiapa di hati. “Jodohkanlah saya dengan orang yang baik baik, Amin.

“Saya masih belum sampai kepada tahap yang saya nak dalam kerjaya saya. Jadi buat masa sekarang saya memang fokus pada karier saja dari segi lakonan dan nyanyian.

“Saya suka mencuba sesuatu yang baru, kalau ada rezeki saya nak cuba berlakon dalam teater,” katanya lagi.

Azira sebelum ini digosipkan mempunyai hubungan percintaan bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad akibat kerap membuat Instagram live bersama dan berkongsi makanan.

Menerusi video sama, Azira berkata hubungannya dan Sharnaaz tidak lebih hanya sebagai seorang rakan dan mendoakan perkara baik saja kepada bapa anak satu itu.

“Saya tak tahu kenapa orang masih nak jodohkan saya dengan dia, mungkin sebab suka tengok kami bersama. Tapi saya dan dia masih berkawan sampai sekarang. Saya doakan untuk dia supaya dapat jodoh yang baik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Oct 2022

“Jangan Cium, Minta Izin Sebelum Sentuh…” – Mira Filzah Tegas Lindungi Anak, Tetapkan SOP Di Majlis Aqiqah

Mak mana tak sayang anak, lagi lagi Amir pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ni kann. Bagus tindakan Mira dan Emir nii 🥰🤩

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tony Eusoff Selesa Watak Komedi

Projek Dapat Baby’ mengetengahkan kisah pasangan suami isteri yang gigih mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mendapatkan anak.

Trending Tue, 9 Mar 2021
Events Tue, 14 Aug 2018

Berhenti Berlakon Tidak Sekali! – Tony Eusoff

Terbaharu, Tony Eusoff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Viu yang bakal disiarkan di saluran ntv7 berjudul, Jibril. 

Featured Mon, 25 Sep 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Acara Sun, 4 Dec 2022
error: Content is protected !!