Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 11, 2022 @ 6:47pm

Tak Merokok & Sentiasa Positif, Rahsia Rahmad Mega Terus Aktif – “Popular Atau Tidak, Itulah Diri Saya”

Juara Terpaling Juara, Rahmad Mega mendedahkan dirinya mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk kekal aktif dalam industri hiburan negara biarpun sudah menginjak usia 53 tahun.

Rahmad atau nama sebenarnya Rahmad Tohak juga berkata dia tidak merokok dan sentiasa kekal positif dengan apa yang dilaluinya sejak bergelar penyanyi.

“Saya tak merokok dan ada juga senaman ringan seperti jogging semampu mungkin, itu sahaja.

“Saya ketika zaman Rock lagi di mana ketika itu jangan kata rokok, orang yang terjebak dengan anasir-anasir lebih besar ketika itu sampai ketagih masuk pusat (pemulihan).

“Saya bercampur dengan mereka dengan penyanyi rock. Sampai mereka pun tak tahu saya tidak merokok. Saya memang ada prinsip, apa yang mereka nak, itu mereka punya hak.

“Prinsip itu daripada diri kita sendiri. Orang tak boleh nak pengaruh kita. Kita teguh dengan diri kita. Saya suka jadi positif,” katanya.

Rahmad juga percaya untuk terus kekal berada dalam industri sangat penting untuknya sentiasa merendah diri dan bersederhana.

“Kita kena sentiasa bergaul dan jangan meninggi diri. Kita ni bukan sentiasa di atas. Ketika di atas kita ingat di bawah, masa kita di bawah, kita perlukan orang untuk naik ke atas.

“Saya mengamalkan sikap yang sama, popular atau tidak, itulah diri saya,” ujar Rahmad ketika ditemui XTRA.

Membawa pulang RM100,000, Rahmad memberitahu dia mahu gunakan wang tersebut dengan mengerjakan umrah dan melangsaikan hutang-hutang terdahulu.

“Duit buat simpanan baharu untuk masa depan baharulah. Banyak simpanan lama sudah habis. Nanti nak bayar hutang-hutang juga.

“Saya merancang untuk pergi menunaikan umrah, sebelum ini saya pernah pergi sendiri tapi mungkin saya akan bawa keluarga saya kali ini namun belum ada ketetapan tarikh lagi,” jelasnya.

Rahmad munjul Juara dalam pentas akhir Terpaling Juara dengan mendapat undian tertinggi daripada juri dan penonton menerusi lagu Ku Akui nyanyian asal Hafiz Suip dan Di Penjara Janji nyanyian asal Datuk Awie duet bersama kaptennya Hael Husaini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

Nabil Mahir, Ayda Jebat Makin ‘Berani’?

Doakan yang baik-baik ajalah ok?

Hiburan Thu, 23 May 2019

‘ Ya, Dia Teman Istimewa Saya’- Syafiq Kyle Mengaku Bercinta Dengan Mimi Lana

Saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Korban Juadah Raya, Trisha Ooi Fokus Kejohanan Tinju Di Dubai Lawan Wakil Indonesia

Trisha berkata penyertaannya dalam sukan tinju bukan sekadar suka-suka

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Kongsi Video Mengalirkan Air Mata, Fuad Rahman Beri Penjelasan Tentang Keadaan Tom

Kesiannya dekat Tom.. Semoga dipermudahkan segala urusan

Trending Mon, 6 Aug 2018

Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam, Akhirnya Fatin Pergi Jua…

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafa

Featured Wed, 2 Aug 2023
Events Wed, 12 Sep 2018
error: Content is protected !!