Hiburan By: Khairil Khusyairi October 10, 2022 @ 2:04pm

Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir Angkara Dengki? – “Selagi Saya Hidup, Selagi Itu Dia Tak Tenang”

Pelakon Rita Rudaini mendedahkan ada individu yang bersifat dengki dengan dirinya sehingga menganggu hidupnya sekeluarga.

Memetik temu bual program Melodi TV3, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar berkata terdapat individu yang sanggup mencari rumahnya di kampung dan menganggu keluarganya.

“Masih lagi ada orang yang dengki sedangkan saya tak bersuami, tiada ‘job’, masih lagi orang dengki, kenapa ya?

“Saya tidak tahu, tetapi baru-baru ni ada orang yang tak dikenali cuba mencari rumah saya di kampung, dua kali datang siap tanya orang kampung.

“Malam-malam dia merayau, orang kampung tanya cari rumah siapa, individu itu cakap ‘rumah Rita Rudaini’ dan berkata  ‘saya kawan Rita’.

“Keesokannya, ibu saya tengah menyapu sampah tiba-tiba ternampak katak hitam dah mati depan rumah, katak itu macam baru, hitam dan dah mati.

“Seminggu selepas itu pula, individu itu datang lagi ke rumah dengan mengetuk pintu hampir setengah jam, kemudian dia merayau di depan rumah sambil tengok sekeliling, ibu saya cakap rupa paras individu tersebut dalam keadaan elok,” ujarnya.

Pelakon drama Shah Alam 40000 ini juga mendedahkan dia kerap bermimpi perkara-perkara buruk namun menganggap itu hanyalah mainan tidur dan hanya berserah pada Allah.

“Sebelum kejadian tersebut saya juga ada bermimpi tentang kejadian yang tidak elok, kerap sangat tapi saya hanya fikir mainan tidur tapi macam pelik.

“Saya juga nampak sesuatu kat rumah. Alhamdulillah hari-hari kami amalkan baca Al-Quran, kalau tuhan itu nak izin, jadi juga, kalau tak izin, maka tak jadi lah.

“Kami cuma serah pada Allah, kalau Allah dah izinkan, mungkin itu adalah ujian untuk kami,” ceritanya.

Disoal adakah Rita mengenali individu tersebut, Rita berkata dia tidak kenal dan terfikir individu itu tidak berpuas hati dengannya dari segi peribadi bukannya kerjaya.

“Saya tak kenal tapi kami terfikir mungkin orang ini ada tak puas hati bukan daripada segi kerjaya, mungkin ada ‘personal’ lain yang sakitnya hati tengok Rita Rudaini.

“Selagi Rita ada, dia rasa tak senang. Dia tak puas hati secara dalaman dengan saya, kalau boleh dia nak Rita Rudaini lenyap, jadi dia rasa lega.

“Saya ‘frust’ sangat sebab saya tak pernah cari fasal dengan orang, saya tak kacau hidup orang, saya ‘frust’ dengan perangai orang, nak kata saya takut, tidak. Tuhan nak izinkan, maka jadilah.

“Kalau jadi apa-apa kat anak-anak aku…saya cuma risau sekarang kalau orang nak buat jahat dekat saya, takut terkena dekat orang sekeliling.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memberitahu dia sering ternampak kelibat di rumahnya namun lebih selesa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai pendinding.

“Saya juga cerita kepada anak yang saya ternampak kelibat dan berpesan supaya sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran.

“Rasanya lebih adal kalau kami sendiri yang amalkan dan baca ayat-ayat tertentu, biar pendinding itu saya sendiri buat lebih afdal,” katanya.

Rita juga menegaskan dia tidak akan memaafkan sesiapa yang pernah melukai hatinya dan anak-anaknya.

“Yang memburukkan saya, saya masih ingat lagi bila saya kena ‘troll’ dengan netizen. Saya tidak hairan dengan semua itu.

“Saya memang pendendam, apa yang orang buat kat saya, saya akan ingat sampai mati. Saya sejenis orang yang kalau dah carikkan hati saya, sorry saya takkan maafkan, mana tahu Tuhan nak bukakan hati saya dan lembutkan hati saya untuk maafkan, ya, tapi buat masa ini, tidak.

“Sesiapa yang telah merobekkan hati saya dan anak-anak saya, tidak akan saya maafkan,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Mar 2018

Kes Dera Amah, Datin Tak Muncul Di Mahkamah!

Suri rumah yang memelihara 17 kucing itu sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal, iaitu cubaan membunuh namun pihak pendakwaan menawarkannya pertuduhan pindaan (menyebabkan cedera parah).

Cahaya Mata Mon, 29 Aug 2022
Trending Thu, 1 Mar 2018

3 Jenis Tumbuhan Boleh Menghalau Tikus Dari Rumah

Tak sangka tumbuhan diluar sana banyak kebaikan dalam membantu kehidupan seharian terutama menghalau cik tikus keluar dari rumah.

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Featured Tue, 4 Jan 2022

Tular Video Pemandu Lori Langgar Tiga Buah Kereta Dituduh Mabuk, Rupa-Rupanya Sedang Alami Sakit Jantung

Baru-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu lori yang terlibat dengan satu kemalangan membabitkan tiga buah kereta yang berlaku di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berdekatan dengan kilang Daikin. Seorang wanita yang merakamkan kejadian […]

Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Fab Foodies! Thu, 7 Jun 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Pai Labu Manis

Lari dari kebiasaan, hidangkan pai labu ini untuk yang tersayang…Manis, enak & labu antara makanan berkhasiat, jom cuba hari ini. Gerenti korang tak berganjak dari meja makan!