Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 11, 2022 @ 12:40pm

Dipilih Jadi Ikon Aktivis Kemanusiaan, Mizz Nina Ambil Peringatan Untuk Terus Beramal -“Saya Rasa Kurang Layak Tapi…”

Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina bersyukur apabila dipilih sebagai salah seorang daripada penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), baru-baru ini.

Walaupun tidak menyangka akan menerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Syazrina Azman, 40, dipilih berdasarkan sumbangannya terhadap misi kemanusiaan yang telah dijalankannya sebelum ini.

Menurut Mizz Nina, perasaan kurang layak itu ada namun beliau tetap bersyukur dan mengambil peringatan untuk terus beramal.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah yang tidak disangka-sangka ini. Saya rasa kurang layak untuk itu sebenarnya. Terdapat, ramai lagi pahlawan kemanusiaan yang lebih hebat daripada saya dengan lebih banyak pengalaman.

“Walau bagaimanapun, saya ambilnya sebagai peringatan untuk saya terus beramal, insya-Allah. Ini adalah kali pertama menerima anugerah sebegini,” katanya.

Sementara itu, Mizz Nina turut berkongsi, dia kini sedang menyebarkan kesedaran tentang bantuan banjir di Pakistan dan meneruskan sokongan untuk bantuan pelarian serta kempen di Gaza.

Sebelum ini, Mizz Nina aktif membabitkan diri sebagai aktivis kemanusiaan sejak 2013 termasuklah, melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada 2017.

Tidak hanya itu, Mizz Nina juga komited untuk berkongsi dan memberi kembali kepada masyarakat menerusi jalinan kerjasama dibuat dengan pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan Into Taqwa Malaysia untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Dan sekitar Mei tahun lalu, menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan dikhabarkan berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta hasil sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

Dimana hasil sumbangan tersebut diguna secara berperingkat untuk disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

“Saya Tidak Tahu Pun” – Pelakon 17 Tahun Ini Jawab Isu Berlakon Dalam Drama Aplikasi G*y

Baru-baru ini, laman Twitter dikejutkan dengan isu pelakon tempatan, Danish Iskandar berlakon dalam drama bersiri mempromosikan hubungan sejenis berjudul Stay Away From Me. Malah, apa yang lebih merisaukan netizen adalah pelakon terbabit merupakan remaja bawah […]

Trending Wed, 15 May 2019

‘Nak Mati Aku Dah Penat’- Status Terakhir Remaja Di FB Ternyata Bukan Gurauan!

Lebih memilukan, mayatnya ditemui oleh adik lelaki dan ibunya yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan malam.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Featured Sat, 27 Sep 2025
Trending Thu, 10 Mar 2022
LIFESTYLE Mon, 26 Nov 2018

Buat Persiapan Timang Anak Pertama, Pasangan Diraja Ini Pindah Rumah

Pasangan diraja ini bakal tinggal di kotej bersejarah di Estet Windsor milik keluarga diraja pada awal tahun hadapan.

error: Content is protected !!