Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 11, 2022 @ 4:40pm

Bait Lirik ‘Mungkin Hanya Tuhan’ Dalam Lagu Kaulah Segalanya Cetus Kontroversi, Fedtri Yahya Tampil Buka Mulut – “Siti Nurhaliza Antara Yang…”

Penyampai radio dan pengacara, Fedtri Yahaya mengulas sepotong lirik daripada lagu Kaulah Segalanya nyanyian asal Ruth Sahanaya yang didakwa menjadi kontroversi pada era 90-an dan sehingga kini masih disenarai hitam dalam stesen televisyen tempatan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Fedtri berkongsi beberapa kisah yang menjadi sebutan tatkala lagu tersebut melonjak naik iaitu menerusi ayat ‘Mungkin Hanya Tuhan’.

Katanya, bait-bait lirik itu seakan mempersoalkan keagungan Sang Pencipta.

“Kalau di wedding show, banyak orang akan nyanyi lagu ni. Kalau penyanyi lama saya tengok mereka akan ubah lirik di hadapan. Asalnya ‘mungkin hanya Tuhan yang tahu segalanya’ dan lagu ini diharamkan oleh RTM sejak dikeluarkan pada awal tahun 90-an.

“Pada masa tu saya terbaca di akhbar ulama mengharamkan lagu ini kerana disebut ‘mungkin hanya Tuhan’ sedangkan Tuhan ni Maha Mengetahui, tidak ada mungkin bagi Allah. Itu dalam konteks Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Fedtri mengambil contoh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengubah perkataann awal di bait lirik tersebut.

“Bagi penyanyi senior mereka akan ubah lirik lagu ini dan tidak sebut ‘Mungkin’. Ada yang sebut ‘memang, ‘yakin’ seperti yang disebut oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya.

Fedtri tidak menafikan lirik tersebut menimbulkan kekeliruan pada segelintir pihak namun turut menyatakan maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh penulis lirik lagu itu.

“Ada pendapat lain mengatakan bahawa mungkin hanya Tuhan tahu segalanya bermaksud seperti Tuhan dan dia sahaja yang tahu tentang hakikat cintanya. Maksudnya orang lain tak tahu.

“Itu sebenarnya penulis mahu sampaikan, tapi sedikit mengelirukan. Tapi saya buat semakan daripada tahun 90-an hingga hari ini masih diharamkan di RTM.

“Apapun, buat penyanyi luar sana kalau rasa keliru semasa nak bawakan lagu ini, kita ubah,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memahami lirik sebenar dan sependapat dengan Fedtri, namun ada juga dalam kalangan mereka yang baru sahaja menyedari mengenai perkara tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Psst…Cara Mudah Cantik Macam Priyanka Chopra!

Saya sedar harus melakukan sesuatu agar benar-benar terlihat seperti yang dilakukan untuk muka depan majalah.

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Andmesh Kamaleng Kembali Ke Malaysia 14 Februari 2026, Jayakan Konsert ‘Andmesh Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’

Andmesh Kamaleng bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert penuh emosi berjudul ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung pada 14 Februari 2026.

Hiburan Fri, 31 May 2019

Zara Zya Segan Naik Pentas?

Betul ke ni Zara? Kami dengar suara awak sedap je…

Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

Hiburan Fri, 4 May 2018

Hadiah ‘Berhantu’ Sufian Suhaimi

Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya, hadiah yang langsung tak dijangka!

error: Content is protected !!