Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2022 @ 4:46pm

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak.

Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka sedang bertengkar.

Bagaimanapun, ketika lafaz talak terjadi, Lesti dikatakan tidak dapat menahan emosi dan bertindak menarik leher suaminya sehingga menyebabkan rantainya terputus.

Dan perkara itu sekaligus membuatkan Rizky bertindak menepis tangan Lesti sehingga beliau terjatuh dan bukannya dihempas ke lantai seperti dakwaan yang tular selama ini.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga bagaimanapun tidak gembira dengan tindakannya dan mendapati lafaz cerai boleh gugur sekiranya hubungan intim dilakukan.

“Dia bangun pukul 8 pagi dan mencari maklumat di internet berkaitan dengan talak satu. Dia dapati boleh selesai dengan berhubungan suami isteri semua. Jadi biasa suami isteri melakukan hubungan selepas bertengkar,” katanya.

Bagaimanapun, kes tersebut masih disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Namun, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Terbaharu, memetik laporan Suara.com, peguam Rizky juga mendakwa isterinya itu bukanlah seorang wanita yang baik kerana sebelum ini, Lesti hanya meminta izin suaminya untuk menunaikan umrah hanya melalui kiriman WhatsApp sahaja.

“Ya, seharusnya seorang isteri yang baik itu datang ke rumah suaminya untuk mengucapkan selamat tinggal dan memberi kebenaran atau tidak menunaikan umrah.

“Bukan hanya di WhatsApp sahaja. Adakah ini isteri yang baik?” soalnya.

Untuk rekod, kisah rumah tangga pasangan ini menjadi tular selepas Lesti membuat laporan polis berkenaan keganasan yang dilakukan Rizky Billar termasuklah menendang dan menghempasnya ke lantai.

ARTIKEL BERKAITAN:Video Ramalan Rizky Billar Curang Tular, Netizen Mohon Lesti Kejora Terus Kuat

ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Kes Lesti Kejora & Rizky Billar, Kini Baim Wong & Isteri Pula Disiasat Polis

ARTIKEL BERKAITAN:Benci Lelaki Naik Tangan, Inul Daratista ‘Unfollow’ Rizky Billar & Titip Pesan Buat Lesti Kejora

ARTIKEL BERKAITAN:Dihempas Ke Lantai & Leher Dicekik, Lesti Kejora Buat Laporan Polis Terhadap Rizky Billar

 

Sumber: Suara.com, Liputan6

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

Featured Tue, 29 Nov 2022
Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya. […]

error: Content is protected !!