Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2022 @ 7:42pm

Lebih Daring Selepas Bergelar ‘Miss J’? Nad Zainal Jawab Status Hubungan Dengan Ungku Ismail -“Kami Memang Nak Kantoikan Diri”

Pelakon popular, Nad Zainal sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan lebih ‘daring’ selepas bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak sejak sebulan yang lalu,

Malah, rata-rata warganet beranggapan Nad dilihat semakin seksi bukan sahaja dari segi pemakaiannya malah, dalam lakonannya juga.

Menjawab isu yang dilemparkan, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32 berkata, dia berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan gayanya sekarang masih sama dengan gaya sebelum berpisah dengan bekas suaminya.

ā€œNad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai,” katanya.

Sementara itu, Nad juga tampil menjawab status hubungannya bersama pelakon, Ungku Ismail apabila kedua-duanya kerap dilihat bersama malah, kekerapan mereka membuat hantaran di Instagram mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mengatakan kononnya pelakon ini sedang hangat bercinta.

“Dengan Ungku memang tak ada apa-apa. Sekarang saya sedang mengusahakan satu saluran YouTube. Sebenarnya dia mula tawarkan dari awal tahun.

“Jadi, kami ada visi dan misi yang sama iaitu nak buat kandungan YouTube, travelog dan nak ada syarikat bersama. Jadi, harapnya ia terjadi. Kami juga ada perancangan nak terbitkan telefilem bersama. Banyak kerjasama dan projek.

“Ketika pergi Bali, pembantu peribadi saya pun ikut. Malah, kalau kami keluar memang akan cakap keluar bersama, tak ada masalah. Bukan nak bercinta, kami pergi memang akan cakap tak ada nak selindung. Jadi, tak ada istilah pergi bercuti sebab nak ‘kantoi’, itu tak. Kami pergi memang nak ‘kantoikan’ diri pun dan nak orang tengok,”Ā  jelasnya.

 

Tambahnya lagi, dia mula bekerjasama dengan pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu ketika sama-sama terbabit dalam penggambaran drama Cina Buta baru-baru ini.

“Kami mudah ‘ngam’ sebab dia ada misi dan seorang yang bekerja keras. Saya juga minat untuk menulis dan mengarah jadi kami ada satu persamaan. Dari segi lakonan juga lebih kurang sama jadi ia senang.

“Memang sejak Cina Buta. Ini kerjasama pertama kali kami. Kalau ikut memang banyak kali dah nak kerjasama tapi tak dapat. Bila dia ada tawarkan dan saya rasa ada keserasian saya pun terima sebab memang dah lama nak buat kandungan YouTube cuma tak ada platform. Tapi disebabkan dia ada jadi kami buat,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œBukan Riak Tapi Saya Rasa Lebih Tenangā€¦ā€- Nad Zainal Ulas Isu Perceraian, Akui Berat Badan Pun Makin Bertambah

ARTIKEL BERKAITAN: ā€œBukan Nak Tunjuk Alim!ā€- Nad Zainal Akui Lebih Selesa Pakai Baju ā€˜Baggyā€™ Masuk Gym

ARTIKEL BERKAITAN: Bertahan atau Pergi? Ini Respons Nad Zainal Kepadaā€¦

ARTIKEL BERKAITAN: ā€œTiada Pihak Ketiga..ā€ ā€“ Nad Zainal Perjelas Isu Video Tular

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ā€˜Hintā€™ Konflik Rumah Tangga Viral ā€“ ā€œIf Tak Ada Hati, Cakap Terus Terangā€¦ Tak Payah Tipuā€

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 Tahun Berkahwin, Nad Zainal Sah Bercerai

 

Sumber: Rotikaya, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Wed, 5 May 2021

Nak Menang Wang Tunai Serta Percutian Di SCAPES Hotel Genting Highlands? Jom Sertai Pertandingan Pantun LBS!

Pantun adalah salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi. Ia digunakan sebagai tujuan komunikasi dan menjadi bentuk kiasan kepada sesuatu perkara. Nak berpantun ni memerlukan kreativiti yang tinggi tau. Bukan […]

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tutup Ruangan Komen, Neelofa Kongsi Video Bilal Bermanja Dengan PU Riz – “Hati Ini Bahagia Bila…”

Nampak dah wajah Bilall hehehe, comellnyaa putera tercinta Neelofa dan Pu Riz ni! šŸ˜ššŸ˜š Moga membesar dengan sihat dan dilindungi olehNya Bilal sayang šŸ„°

Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

Trending Tue, 9 Jul 2019

Malaysian “Phoenix” Proves Hijabis Can Kick Ass Too!

Sophie Turner who? We don’t know her. The only Phoenix we know is Nor “Phoenix” Diana.