Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 12, 2022 @ 8:41pm

Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Setelah menyepikan diri daripada media sosial, adik kepada selebriti terkenal Neelofa kini dilihat muncul dengan imej baharu.

Menerusi sebuah video perkongsian oleh akaun @lailakhanakhamad1 di TikTok, memperlihatkan Neelofa dengan adiknya, Ameera Khan sedang mempromosikan produk pembayang mata jenamanya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai, Ameera dilihat membawa imej baharu yang mana disifatkan sedap mata memandang sebagai seorang muslimah oleh warganet.

Dalam video tersebut, Ameera telah memakai pakaian sopan dan mengenakan stokin tangan.

@lailakhanakhamad1 Ada yg rindu LMK?? Tgk la apa LMK nak offer tu?? Cuba klik tengok bag oren tu ada free gift #makeuppallete #youngandglow #neelofa #littlemisskhan ♬ original sound – lailakhanakhamad1

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan mendoakan supaya Ameera terus istiqamah dengan cara pemakaian yang sopan seperti dalam video.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warganet turut perasan mengenai perubahan cara ketawa Ameera.

Terdahulu, Ameera telah membuat keputusan untuk memadam akaun Instagramnya gara-gara menerima kecaman mengenai isu pemakaian tudung secara on-off dan gaya pemakaiannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Anak Menteri Dikecam Kerana Little Miss Khan?

Teman lelakinya tidak bersalah namun turut menerima kecaman daripada netizen, kesian dia kan?

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Takkan Nak Tukar Nama Lagi? -Ayu Damit-

Tak apalah Ayu, yang penting Ayu OIAM dan Ayu Damit adalah orang yang sama. Suara dan bakat Ayu masih diperlukan kerana Ayu antara penyanyi yang memiliki bakat berkualiti!

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

error: Content is protected !!