Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 12, 2022 @ 8:24pm

[VIDEO] Sering Dipersoal Mengenai Status Agama, Kevin Zahri Dedah Dia Kini…

Baru-baru ini, jurulatih kesihatan terkenal, Kevin Zahri tampil membuat pendedahan mengenai agama yang dianutinya apabila sering mendapat persoalan sama.

Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Kevin memaklumkan dia telah dihujani soalan mengenai pegangan agamanya oleh orang ramai sejak beberapa tahun lalu.

“Kevin beragama apa? Islam ke? Kristian ke? Kafir ke? Banyak soalan itu sejak beberapa tahun lalu lagi,” ujarnya.

Namun begitu, Kevin dengan tenang menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan soalan sedemikian kerana mengetahui ramai yang tertanya-tanya mengenai status agamanya.

“Ia okay… orang ramai tertanya-tanya kan? Dan saya tidak kisah untuk berkongsi,” katanya lagi.

Menurut Kevin, dia dibesarkan sebagai Kristian dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai status agamanya

“Saya telah dibesarkan sebagai Kristian dan nama saya bukan Kevin Zahri bin Abdul Ghaffar… nama saya dulu Kevin Nicholai Christopher Zahri.

“Ayah saya adalah seorang Melayu Muslim, mak saya pula Kristian daripada Jerman.

“Mak saya yang lebih mengajarkan mengenai agama… saya pergi ke gereja ( tapi jarang-jarang), saya sembahyang seperti Kristian, saya menyertai koir Krismas, saya membaca buku seperti Bible ketika kecil.” jelas Kevin.

Namun begitu, setelah dia dan bapanya berpindah ke Malaysia bapanya mendapat hidayah tentang agama Islam dan tanggungjawab yang patut digalas sebagai seorang Muslim.

“Selepas itu, bila saya dan bapa berpindah ke Malaysia (1991 – berumur 12 tahun), bapanya telah mendapat hidayah tentang keagamaan beliau sendiri dan juga tanggungjawab untuk memimpin anak-anak.

“Sejak itu bapa saya mula mendedahkan kami kepada agama Islam dengan bimbingan ustaz dan pelbagainya,” ceritanya lagi.

Jelas Kevin, dia pada mulanya tidak menerima ajaran Islam dan dia mempersoalkan mengenai pelbagai agama.

“Tetapi… saya tidak menerimanya pada hari yang pertama, jadi ia mengambil masa dan mempersoalkan agama A dan agama B,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, bagi menjawab persoalan orang ramai mengenai status agamanya, dia akui bahawa dia merupakan seorang Muslim malah berbesar hati untuk berkongsi mengenai penghijrahannya sebagai seorang mualaf.

“And perhaps dalam video lain, saya akan jelaskan mengenai perjalanan sebagai seorang mualaf tentang penghijrahan daripada agama Kristian kepada agama Islam.

“Itu merupakan latar belakang saya dari segi keagamaan yang bermula sebagai Kristian dan sekarang saya merupakan seorang Muslim… Alhamdulillah,” jelas Kevin dengan tenang.

@kevinzahriLife is a journey of discovery ❤️♬ original sound – Kevin Zahri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Nov 2024

Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Kata Faz, dia tidak bermaksud riak menunjukkan kebahagiaan sebaliknya ia adalah luahan daripada hatinya.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Alycia自爆被同事网络霸凌!新歌提醒人要谨言慎行

Alycia暌违2年推出新专辑!专辑概念与网络霸凌有关,记者会上更自爆曾被前同事网络霸凌一事,让人颇为震惊!

Hiburan Fri, 10 Mar 2023
Featured Thu, 11 May 2023
Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Sering Diaju Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’, Fattah Amin Mula Bersuara!

Pelakon KL Special Force ini turut memohon peminat mendoakan agar dia dan isteri dikurniakan zuriat seterusnya hidup bahagia hingga hujung nyawa.

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

韩国女团missA宣布解散

missA组合是韩国JYP Entertainment于2010年推出的女子组合,由两名中国成员孟佳、王霏霏,以及两名韩国成员裴秀智、李玟暎组成;日前JYP娱乐发布官方立场:missA合约到期,正式解散 。

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

Comelnya Duduk Tidor Si Kembar Zizie Ezette

Zizie mengumumkan nama kedua-dua puteranya itu  – Aadam Zac Izette (tidor atas) dan adik lelaki, Aaleph Zeke Izette melalui IG nya

error: Content is protected !!