Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir October 12, 2022 @ 6:11pm

Syafie Naswip Masih Dibayangi Watak Kanak-Kanak – “Saya Tak Kisah Kalau Ada Yang Kata…”

Pelakon Syafie Naswip mengakui masih dibayangi dengan karakter kanak-kanak disebabkan filem Mukhsin yang pernah dilakonkan 16 tahun lalu.

Memetik laporan Utusan, Syafie menganggap ia perkara biasa untuk pelakon yang mula menceburi bidang lakonan di usia yang muda.

“Tidak kira di Malaysia, Hollywood, Bollywood atau di mana-mana sahaja, perkara seperti ini memang berlaku. Contoh seperti Lindsay Lohan, hidupnya memberontak kerana masyarakat masih menganggap dia pelakon kanak-kanak sedangkan dia sudah matang.

“Situasi itu juga berlaku kepada saya sehingga ada yang menganggap, saya tidak sesuai membawa watak dewasa.

“Tetapi, saya percaya, lambat atau cepat penonton yang mengikuti perkembangan kita akan dapat menerima dan melihat perubahan yang berlaku kepada pelakon kanak-kanak apabila mereka meningkat dewasa,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tergesa-gesa untuk menjadi dewasa dan ingin menikmati perjalanan hidup sebagai pelakon yang masih muda sebelum meningkat usia matang.

“Saya pegang kata-kata yang pernah dikongsikan pelakon senior, Rusdi Ramli yang menasihatkan saya agar tidak tergesa-gesa untuk menjadi dewasa, mengejar watak lebih tua dan sebagainya.

“Pada fikiran saya, ada benarnya apa yang dikatakan itu. Pelakon bersilih ganti, esok lusa kami yang muda akan menggantikan pelakon lama.

“Saya tidak kisah kalau ada yang kata saya masih tidak sesuai bawa watak dewasa. Tetapi, kalau ditawarkan untuk melakonkan karakter matang, saya tidak akan lepaskan dan bersedia memberikan seperti yang dituntut watak berkenaan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Mawar Rashid Teruja Sambut Raya, Beri Bayangan Sedondon Dengan Kekasih Baru? – “Tahun Ini Akan Jadi Lebih Istimewa”

Mawar menyifatkan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi lebih indah dan istimewa

Drama Sat, 17 Jan 2026

Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Di sebalik kehidupan yang tampak sempurna, tersembunyi bisikan hati yang mampu menggugat kesetiaan dalam drama Bisik Asmara.

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘Majlis Kahwin Kali Ini Bakal Lebih Sederhana’- Fasha Sandha

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu perasaan kurang beriya bukan hanya dirasai sendiri tetapi yakin wanita yang berkahwin kali kedua turut melalui hal yang sama.

Trending Sun, 28 Aug 2022

Jadi Duta Produk Bengkung, Sherry Alhadad Tak Peduli Dengan ‘Body Shaming’

Penampilan pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad semakin mendapat perhatian wargamaya apabila dia berjaya menurutkan berat badan sejak awal tahun ini. Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad mengakui dirinya tidak pernah kisah […]

error: Content is protected !!