Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi April 30, 2024 @ 3:32pm

Michael Ang Mohon Netizen Henti Kutuk Aliff Aziz – “Boleh Jadi Satu Musibah, Dia Boleh Jadi TingTong Atau B*nuh Diri Ke”

Pengarah Michael Ang memohon semua pihak terutamanya warganet agar menghentikan segala tohmahan dan kutukan terhadap kemelut rumah tangga yang membabitkan aktor kontroversi, Aliff Aziz dan beberapa pihak lain.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Michael menyifatkan segala cacian yang dilemparkan mampu membuatkan seseorang itu bertindak diluar kawalan sekali gus menjadi satu musibah.

“I honestly rasa sudah-sudahlah kutuk fasal kes aliff 11 and semua orang yang terlibat.

“I rasa dah melampau sangat yang suruh dia orang tampil la dan jawab soalan you all semua. And stalking semua benda dia orang buat.

“Kau orang tak pikir ke kalau semua kata-kata dan preassure you all bagi kat dia orang ni boleh menjadi satu musibah. Dia might just jadi ting tong dan bunuh diri ke atau buat benda bukan-bukan.

“You all nak tanggung ke dosa tu? Baik kita duduk diam-diam dan baca saja apa yang dihidangkan tak payah nak kutuk-kutuk and paksa jadi batu api,” tulisnya.

Tambah pelakon Polis Evo 3 itu lagi, dia turut memberi contoh kes yang membabitkan selebriti luar negara yang bertindak di luar kawalan gara-gara sikap netizen yang melampau di media sosial.

“Anyway masalah dia orang is masalah dia orang, kita pun tak tahu siapa cerita benar siapa cerita tipu. Mangsa terbesar Bella pun dah tak ambil port. Kita pulak yang lebih-lebih.

“Pendapat aku ajar la bukan side siapa siapa ya. Jangan sebab perbuatan kita menjadi satu benda yang kita tak nak.

“Tak baca dan tengok apa jadi kat banyak artis Korea yang bunuh diri tu hampir semua sebab netizen macam kita! So fikir-fikirkan lah,” tutupnya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga aktres Bella Astillah dan Aliff Aziz bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminha itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Didakwa Ex Scandal Dedah Aliff Aziz Selalu Ajak Dating Dekat Pusat Membeli-belah ‘Sendu’?

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri ‘Selak Kain’ Selebriti Malaysia, Erma Fatima Gesa Sarah Yasmine ‘Get Out’… Minta Artis Terpalit Kontroversi Buat Laporan Polis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

“Wow Jahat!” – Fazura Bengang Individu ‘Petik’ Nama, Tegur Jangan Libatkan Anak Que Haidar

Netizen puji wajah anak perempuan pelakon, Que Haidar yang dikatakan sekali pandang seiras Fazura

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Trending Mon, 16 Jun 2025
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Jom Sertai Farah Nabilah, Kilafairy, Tya Arifin Di Celebpreneur 2019

Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis. Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini dirancang di beberapa lokasi di seluruh negara. Selepas Johor, jelajah ini akan diteruskan di Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac)

Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Isteri Kena Letak Suami Di Tempat Tertinggi” – Neelofa

Neelofa nasihat utamakan suami dalam rumah tangga

Featured Mon, 15 Dec 2025

Rita Rudaini Lantang Sokong Saranan Kerajaan Isu Culas Bayar Nafkah – “Kalau Tak Sampai Kiamat Pun Tak Settle”

Menurut Rita, isu nafkah bukan perkara baharu dan sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian.

error: Content is protected !!