Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2025 @ 8:51pm

“Isteri Kena Letak Suami Di Tempat Tertinggi” – Neelofa

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, tampil berkongsi pandangan serta memberi nasihat berhubung peranan isteri dalam rumah tangga.

Menerusi podcast The Grow and Glow, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan seorang isteri perlu meletakkan suami pada kedudukan paling utama dalam kehidupannya.

“Bila isteri letakkan suami di tempat yang sepatutnya, barulah mudah untuk dia faham tanggungjawab dan peranan sebenar,” katanya.

Menurut Neelofa, ramai wanita bekerjaya mula berkahwin yang berkemungkinan boleh menyebabkan mereka sukar untuk ‘tunduk’ kepada suami.

“Ada yang tanya, ‘kenapa nak minta izin, kalau aku mampu buat semuanya sendiri?’ Tapi hakikatnya, dalam Islam, isteri tetap perlu meminta keizinan suami sebelum keluar rumah atau melakukan sesuatu perkara,” jelasnya.

Selebriti berusia 36 tahun itu turut menekankan kepentingan adab dan komunikasi dalam rumah tangga.

Katanya, meskipun hubungan suami isteri kini lebih santai dan dianggap seperti ‘bestie’ (kawan baik), namun batas hormat tetap perlu ada.

“Pertuturan kena beradab. Walaupun suami dianggap kawan baik, tetap kena ada satu lapis hormat. Lagi-lagi kalau ada anak, sebab apa yang mereka lihat, itulah yang akan mereka tiru nanti,” katanya.

Tambah Neelofa lagi, apabila isteri melayan suami dengan baik, bercakap sopan, meminta izin, serta menyediakan keperluan suami, ia secara tidak langsung menjadi contoh terbaik buat anak-anak, sama seperti apa yang dipraktikkan oleh ibu bapa terdahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sokongan terhadap pandangan isteri kepada pendakwah bebas PU Riz itu.

Ramai juga memuji Neelofa kerana kekal menghormati dan mengutamakan suami walaupun dirinya mampu berdiri sendiri sebagai wanita berkerjaya dan berpengaruh.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.

Sumber: The Grow and Glow

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 19 Apr 2025

Demi Watak Malik Dalam Blood Brothers, Irfan Zaini Jalani Latihan Aksi Selama 5 Bulan

Irfan bersyukur kerana kehadirannya mula mendapat perhatian.

Events Tue, 9 Apr 2019

Malaya Relived: Merdeka by Liver and Lung Productions is Bringing the 50s Back!

You are in for a historical journey down memory lane during the colonization time!

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Aishah Azman Idamkan Lelaki Ada Pendidikan, Pandai Selesaikan Masalah

Aishah Azman mahukan lelaki yang berpendidikan supaya boleh selesaikan sesuatu masalah.

Featured Thu, 11 May 2023

Tiga Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai & Terpaksa Menanggung Ribuan Ringgit

Allahu tergamaknya tipu duit orang.. Semoga Mark tabah lalui ujian ni

Hiburan Sun, 12 Oct 2025
error: Content is protected !!