Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 13, 2022 @ 10:45am

De Fam Belum Dilupakan, Kekal Bawa Identiti Berbeza

Kumpulan De Fam yakin mereka masih diingati peminat, biarpun mereka berdepan dengan persaingan dengan kemunculan banyak artis berkumpulan baharu.

Malah, meskipun kini mereka lebih fokus dengan kerjaya masing-masing, kumpulan yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Cik Manggis itu masih bersatu dalam mengekalkan identiti tersendiri.

Menurut Azira, kehilangan mereka dalam industri sebelum ini kerana tidak menemui material yang bersesuaian untuk menerbitkan lagu baharu.

“Kami tidak rasa De Fam dilupakan walaupun banyak persaingan dalam industri muzik. De Fam masih keluarkan single baharu, Berubah yang mengetengahkan genre balada.

“Kali ini, kami cuba benda baharu dan mencari kelainan dalam muzik.  Secara jujur, kami ambil masa sangat lama untuk hasilkan sesebuah lagu.

“Banyak perkara perlu difikirkan, terutama tentang konsep lagu. Jika belum lengkap, kami tidak akan keluarkan,” katanya.

Biarpun sering dibandingkan dengan Dolla yang kerap dikecam dengan pakaian seksi, Azira turut menyatakan bahawa De Fam sering berjaga-jaga dengan penampilan mereka demi mengekalkan identiti yang berbeza.

“De Fam mempunyai identiti De Fam daripada dulu lagi. Bagaimana, kita nak ‘portray’ (menggambarkan) diri kita. Tak pernah cuba nak ‘portray’ jadi orang lain, sebab saya rasa identiti sangat penting.

“Kami bertiga ini, sejak dari dulu lagi kalau suka apa-apa mesti semua sama. Kalau nak pakai baju apa, kami akan kongsi bersama. Atau pun, visual macam mana tetap kita kongsi bersama. Jadi, saya rasa, komunikasi sangat penting,” jelasnya.

Namun, Azira juga kurang bersetuju dengan perbandingan yang sering dilemparkan kerana percaya setiap individu tidak lari dari membuat kesilapan.

“Tapi, yang pasti saya rasa tak boleh nak ‘compare’ (bandingkan) sebab kita pun tahu, manusia akan buat silap. Jadi, belajarlah dari kesilapan itu dan senang cerita, fikir dengan positif,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jun 2018

Will Malaysia’s Democracy Regress Like Our Asian Neighbours’?

History has a knack of repeating itself. Could this be a horrifying premonition for the future of our country?

Events Tue, 7 May 2019

Celebrate a Nickelodean Hari Raya with the Entire Family in Sunway Lagoon This Year

It’ll be a fun way to enjoy a full day of family together-ness.

Hiburan Tue, 18 Apr 2023

P. Radhi Bawa Aura P. Ramlee Dalam Naskhah Salam Hari Raya

Wah betul betul sebiji lah macam P. Ramlee

Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Wed, 18 Oct 2023

PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Semoga semua urusan PU Abu dan isteri-isterinya dipermudahkan 🤲

Hiburan Sat, 4 Jan 2025

Rizky Febian & Mahalini Nikah Semula, Perkahwinan Akhirnya Sah Di Sisi Agama

Pernikahan kali kedua Mahalini Rizky Febian kini sah

Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

error: Content is protected !!