Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 17, 2022 @ 5:45pm

Berlaku Pendarahan Di Bawah Perut, Wafariena Terkilan Dengan ‘Attitude’ Pengarah – “Saya Bukan Nak Minta Simpati”

Pelakon Wafariena dimasukkan ke hospital selepas beliau mengalami kecedaraan yang serius ketika melakukan adegan aksi demi menjayakan drama lakonannya.

Tampil menjelaskan insiden tersebut Wafariena atau nama lengkapnya Wafariena Roslan berkata dia beryukur dengan keadaanya kerana tidak mengalami masalah serius namun terdapat pendarahan yang berlaku.

“Sekarang saya kena rehat, tak boleh banyak berjalan, nak bangun kena ada orang tolong.

“Dotor pun risau patah tulang ke, itu yang mereka risau tapi bila buat X-ray, Alhamdulillah takde patah, takde saraf yang putus cuma ada tisu koyak dan pendarahan.

“Sekarang ni masih sakit lagi, di bawah perut (tempat peranakan) sebab saya dah rujuk pakar rahim dan dah check, memang bukan datang bulan tetapi ada pendarahan disebabkan hentakan jatuh banyak kali,” jelasnya.

Menjelaskan apa yang terjadi pada dirinya, Wafa mengakui kecewa dengan tindakan pihak produksi yang mengabaikan keselamatan artis.

“Masa meeting, diberitahu ada stunt lelaki dan wanita, jadi saya tak perlu fikir tentang itu tetapi bila di set, babak yang perlu guna stunt tetapi stunt takde.

“Saya persoalkan dimana orang stunt, takkan saya kena buat, tetapi semua diam dan kru stunt juga terkejut apabila first time mereka buat dekat artis.

“Nilainya orang dekat Wafa ni ibarat “kata nak jadi pelakon takkan tu pun tak boleh buat”. Untuk saya, nak tak nak saya kena buat.

“Walaupun berulang kali saya tanya mana budak stunt, bila terjadi pada mulanya saya dah kena tarik, kepala saya dah ‘jem’, saya bangun pun dah rasa nak tumbang balik.

“Kepala dah macam biul tetapi mereka tanya okey ke tak? namun saya kena buat jugak,” katanya.

Disoal adakah beliau akan kekal berhubungan baik dengan pengarah tersebut, Wafa berkata dia harus bersikap profesional atas urusan kerja malah turut berasa terkilan dengan apa yang terjadi.

“Wafa profesional, dengan siapa pun saya akan okey, walaupun dia ada buat jahat, buat niat tak baik tetapi untuk saya kerja tetap kerja.

“Saya berdepan untuk bekerja bukan untuk bermusuh tapi bila jadi macam ni bukan saya saja tak boleh ngam dengan dia, ramai je.

“Saya cuma rasa terkilan, selama saya jadi pelakon, perkara ni yang buat betul-betul saya rasa terkilan sangat dengan ‘attitude’ yang dia beri.

“Saya bukan nak minta simpati pun tapi bila jadi sebegini, ada orang panggil dia untuk tengok saya sakit tetapi dia cuma ‘ignore’ dan blah.

“Saya bukan minta simpati tapi sekurangnya ada sikit simpati,” luahnya.

Sumber: YouTube TV3MALAYSIA Official

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Featured Wed, 28 Nov 2018
Hiburan Wed, 1 Jul 2026

Foto Dengan Wanita Di Bali Cetus Spekulasi, Meerqeen Minta Netizen Henti Buat Andaian – “Ramai Orang Dekat Situ, Dia Bukan GF Saya”

Meerqeen turut berharap orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas dan tidak terus membuat andaian terhadap dirinya hanya berdasarkan sekeping gambar yang tular

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Perasaan Paling Indah” – Eyka Farhana Syukur Rasa ‘Baby Kicks’ Semakin Kuat

Eyka Farhana meluahkan rasa syukur dan teruja apabila tendangan bayi dalam kandungannya semakin kuat

Trending Thu, 17 Feb 2022

“Saya Jayakan Watak G*y Bila Tahu Aaron Aziz Jadi Pasangan” – Berlakon Karakter Jejaka Songsang, Gambit Saifullah Janggal Pegang Tangan Lelaki

Pelakon Gambit Saifullah, 37, bersedia untuk menerima kritikan apabila menyahut cabaran menjayakan watak jejaka homoseksual dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. Ditayangkan di slot Samarinda TV3, Gambit bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz dan Sophia Albarakbah dalam […]

error: Content is protected !!