Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2018 @ 2:47am

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Desas desus melaporkan penceramah popular Ustaz Don Daniyal kononnya beliau berkahwin satu lagi bertiup kencang, baru-baru ini.

Namun, Don menyangkal dakwaan berkenaan dan menegaskan isterinya masih seorang iaitu wanita yang sama dinikahinya pada 2012, Dr. Husna Zahry.

“Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah… Setakat ini isteri saya hanya seorang,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Sumber gambar: Keluarga 

“ Jika saya berpoligami, saya tidak akan merahsiakan perkara itu. Perkahwinan adalah perkara baik dan patut dihebahkan.

“Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik.

“Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul, “ ujarnya.

Sementara itu, Don berkata, isterinya mungkin akan berasa marah dengan gosip bertebaran mengenai dirinya namun yakin wanita itu faham dan lebih mengetahui kebenaran tentang dakwaan tersebut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

Events Tue, 30 Oct 2018
Hiburan Fri, 23 Aug 2024
Events Thu, 14 Mar 2019

Karya Menarik DFKL2018 Sepanjang Mac Ini!

klip -klip menarik yang belum pernah dikongsi dimana-mana platform juga ada di Youtube Drama Sangat tau!

error: Content is protected !!