Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 18, 2022 @ 3:10pm

[VIDEO] Netizen Dakwa Corak ‘Tattoo’ Tanda Salib, Ini Respons Padu Aaron Aziz – “Buka Minda! Kalau Aku Pakai…”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz tampil membidas komen negatif segelintir netizen yang mendakwa dirinya memakai tatu bertanda salib.

Ia ekoran sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini apabila dihujani komen netizen yang mempertikaikan pemilihan tatu aktor berbadan sasa ini.

Susulan itu, aktor filem KL Gangster ini menjawab dakwaan netizen menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.

Menurutnya, corak tatu yang tertera di lehernya itu adalah berbentuk pisau Dagger.

“Itu bukan tanda salib, itu Dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau… semua pisau mesti ada batang yang ada bentuk macam tu.

“Lain la kalau aku pakai Butter knife untuk spread butter jam, nutella semua tu. Tak akan nak pakai pisau tu. Dagger bukan salib!” katanya dalam nada tegas.

Dalam pada itu, Aaron turut memberi pesanan kepada seluruh pengikutnya untuk membuka minda serta tidak terus memikirkan perkara negatif.

“Buka minda, husnuzon sikit,” ujarnya sambil menjelir lidah dihujung video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Aaron, difahamkan corak tatu dagger itu adalah salah satu elemen watak beliau dalam filem terbaharu ‘The Original Gangster’ arahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 732,000 tontonan, 53,000 tanda suka dan 1,187 komen.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai nampaknya pengikut yang terhibur dengan aksi dan gelagat beliau.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Artikel Berkaitan: Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 17 May 2019

Anak Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

Pasangan ini merancang untuk berkahwin Disember nanti.

Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanieđŸ’‹đŸ‘¶đŸ»đŸ€â™Ź Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

Featured Thu, 6 Jan 2022

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Semoga negara & orang yang kita sayang dalam lindungan Tuhan

Kisah Viral Fri, 8 Dec 2023

Dedah Detik Anak Hilang Dari Pandangan, Rakaman Suara Wanita Dipercayai Ibu Arwah Adik Zayn Rayyan Tular 

Anak Syurga, Zayn Rayyan… Tenanglah adik di tempat paling indah itu 😭😭😱

Trending Mon, 11 Apr 2022
Acara Fri, 21 Oct 2022
Hiburan Mon, 8 Aug 2022

“Artis Cantik, Kacak, Popular… Bayaran Mereka Mahal” – Permintaan Tidak Setimpal Bayaran, Ammar Titan Kesal Produksi Pilih Kasih

Ammar Titan luah rasa terkilan tidak dilayan selayaknya seperti artis yang mempunyai rupa menarik.

Events Wed, 11 Dec 2024

Dilantik Duta Eksklusif Usanita Entertainment, Fattah Amin & Sophia Albarakbah ‘Bersatu’ Dalam Drama Arahan Erma Fatima

‘Aku Cinta Dia’ yang juga menampilkan pelakon hebat, Fattah Amin dan Sophia Albarakbah.

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’
 – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri
”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

error: Content is protected !!